Writing by coachhazil on Tuesday, 23 of September , 2008 at 11:30 am
Salam Sejahtera…
Pagi ini saya dimaklumkan oleh webmaster Zahir bahawa 7chakra.com TIDAK DAPAT DIEKSES (dibaca: dibuka secara online) atas sebab-sebab yang TAK PASTI. Menurut webmaster Zahir; perkara ini berkaitan dengan MASALAH DENGAN SERVER dan beberapa akaun / web yang turut berada di’server’ yang sama turut digantung.
NAMPAKNYA selain beberapa peristiwa tahanan ISA di Malaysia… web 7chakra.com juga kini dibawah siasatan dan pergantungan. Harap-harap tidaklah sampai perlu hantar sesiapa ke KEMUNTING.
SAMA-SAMALAH SEMUA BERDOA agar masalah ini bersifat sementara. Mudah-mudahan sebarang pertuduhan digugurkan seterusnya PERGANTUNGAN AKAUN ini ditarik semula. Buat masa ini, sebarang update akan dimaklumkan di web resq56.com ini.
Salam Ramadhan.
Mir Hazil Azran Ramli a.k.a Coach Hazil a.k.a Master G
Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO
Writing by zahiruddin on Saturday, 7 of June , 2008 at 11:23 am
Salam kepada semua,
Saya Zahiruddin meminta maaf dan ingin memaklumkan bahawa semua user kepada Forum Resq56 telah terdelete. Perkara ini terjadi ketika saya membuat pengemaskinian mendelete “FakeUser” / User Tiruan yang di create untuk Resq56 Forum.
Saya telah berjaya mendelete 1600++ Fake user dengan menggunakan script Toolkit Forum. Tapi kemudian saya tersilap teractivekan deletion untuk semua User yang betul dan ini telah mendeletekan semua user kecuali User untuk saya, Master Hazil dan Master Amar.
Maklumat Forum masih ada dan post-post yang terdahulu masih ada cuma Username sahaja yang terdelete. Di harap para pengunjung forum mendaftar semula. Harap maaf atas kesulitan yang berlaku.
Zahiruddin
p/s: Saya gembira kerana jumpa tools untuk mendelete User Tipu tapi dalam kegembiraan itu saya leka dan saya membuat kesilapan.
Category: R'ESQ56 Helpdesk, R'ESQ56 INFO
Writing by coachhazil on Saturday, 26 of January , 2008 at 9:12 pm
Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negative adalah kerana terganggunya sistem energi tubuh.”
Sistem arus tenaga listrik manusia
Secara umnya, system bio-tenaga manusia yang terdiri dari titik-titik chakra sebagai TRANSFORMER atau bateri hayat tenaga yang terhubung melalui JALUR TENAGA utama yang dikenali sebagai KUNDALINI seterusnya terhubung dengan organ-organ badan melalui JALUR TENAGA yang lebih KECIL dikenali sebagai MERIDIAN atau NADIS. Anatomi semua system ini bolehlah kita bayangkan umpama SISTEM KELENJAR (chkara) yang terhubung pada SARAF TUNJANG (kundalini) yang seterusnya berhubung dengan SARAF-SARAF kecil (meridian).
MINDA manusia pula merupakan KONDUKTOR yang bertanggungjawap ke atas setiap operasi atau aktiviti di dalam system badan. MINDA akan menjaga produktiviti, kualiti dan kapasiti penggunaan tenaga tubuh.
Melalui pengalaman hidup, persekitaran, cara hidup (dan pemikiran), media-media informasi, faktor pemakanan, kualiti udara, kualiti gelombang persekitaran dan sebagainya : sistem bio-energi manusia akan TERPENGARUH sifat & kualitinya. Sekiranya terlalu banyak gelombang yang bersifat negative dicerap oleh system tubuh, ia kelak akan menjadi RACUN kepada system tersebut. Umpama toksid pada system darah & saraf, ia akan terkumpul dan membiak dengan cepat JIKA tidak diDITOKSIkan atau dikeluarkan dari system badan. Fenomena ini juga dikenali sebagai ENERGY BLOCKAGE (aliran energi yang TERSUMBAT). SAINS telah membuktikan tekanan EMOSI dan MINDA dari pelbagai aspek akan mengakibatkan energy blockage ini. Cara minda menguruskan EMOSI dan MINDA (termasuk tekanan & cara mengatasinya) juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku. Jika aliran energi ini terganggu kerana dipicu oleh kenangan masa lalu, trauma yang tersimpan dalam minda bawah sedar, emosi yang tak menentu, pemikiran yang keliru, hilang tumpuan, bad mood, malas, depresi, fobia dan sebagainya: SISTEM ALIRAN ini telah TERCEMAR.
Bayangkan aliran longkang yang tersumbat akibat sampah-sampah yang terkumpul didalam longkang tersebut. Ia bukan hanya akan mengumpul lebih banyak sampah bersamanya, malah ia akan mengakibatkan PENGALIRAN menjadi PERLAHAN atau TERHENTI dan PENCEMARAN berlaku. Ia juga akan mewujudkan TEKANAN yang TINGGI atau RENDAH pada system pengaliran tersebut.
Begitulah system BIO-TENAGA manusia, sejumlah ENERGI NEGATIF akan menjadi blockage yang akan menyebabkan pengaliran ARUS energi menjadi PERLAHAN atau TERHENTI malah akan MENCEMARKAN keseluruhan kualiti arus energi tersebut. Ini termasuklah menyebabkan kondisi HYPER atau HYPPO (tinggi atau rendah), kesan RADIASI, KEROSAKKAN salur energi, FIUS TERBAKAR dan sebagainya.
HUKUM FIZIK menyebut, energi tidak akan HILANG – ia akan BERUBAH BENTUK. Dalam maksud lain, penghasilan energi POSITIF akan berubah BENTUK menjadi NEGATIF apabila adanya ‘energy blockage’ dalam system jalur tenaga kundalini atau meridian. Ini lama kelamaan menyebabkan arus asal yang sepatutnya menanakan aktiviti azali tubuh terganggu pengalirannya yang seterusnya menyebabkan ORGAN tidak mendapat bekalan ARUS yang cukup untuk bekerja. Lama kelamaan, ORGAN juga turut TERCEMAR dan rosak lalu PENYAKIT termenifestasi.
Jika tubuh FIZIKAL, proses DITOKSI boleh dilakukan melalui senaman, urutan, pengambilan nutrisi atau suplemen yang mampu menolak racun-racun keluar dari tubuh. Dalam kontek BIO-ENERGI pula, energy blockage (racun) ini tidak boleh hanya ditolak KELUAR semudah toksin, IA HARUSLAH DINEUTRALKAN atau ditukar betuk kembali kepada SIFAT ASALnya. Persoalannya, bagaimana proses ini mahu dilakukan???
Solusi Bio-energi
Kehebatan penciptaan manusia oleh YANG MAHA BERKUASA telah dilengkapi dengan pelbagai system kehidupan. Ia lengkap dengan system sekuriti (keselamatan), daya tahan, daya melawan arus (penebat), daya cetusan arus (spark) dan sebagainya. Secara auto, kehebatan minda akan menghasilkan gerak-kerja penawar untuk memperbaiki kerosakan pada tubuh. Namun begitu ia terhad kepada kerosakkan monir. Jika berlaku kerosakkan MAJOR , ia memerlukan ALAT BANTUAN KECEMASAN dari luaran tubuh secara teknikal (seperti R’ESQ56) untuk mendiscajkan, meneutralkan dan menjanakan semula pengaliran energi tubuh tersebut.
Aliran energi yang tersumbat di beberapa titik kunci pada tubuh HARUS DIBEBASKAN, hingga mengalirkan semula energi secara LANCAR. Dan cara membebaskannya adalah dengan mengetuk ringan (tapping) dengan 2 hujung jari di bahagian tertentu pada tubuh (jalur KUNDALINI / titik chakra). Ketukan ini umpama memecahkan ‘energy blockage’ tersebut atau meneutralkannya. Ketukan yang berterusan akan seterusnya MENJANAKAN pengaliran energi kembali LANCAR. RESQ56 menggabungkan kaedah untuk mengendali permasalahan gangguan energi pada spiritual, emosi, minda hinggalah fizikal. Tidak kira dimana ‘halangan’ itu berada, RESQ56 boleh mengatasinya!!
Mir Hazil Azran
R’ESQ56 Founder & Coach
Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO
Writing by coachhazil on Tuesday, 22 of January , 2008 at 11:06 am
Salam Kedamaian..
Syukur saya kepada Yang ESA, KA-MK siri 1 telah berlansung dengan jayanya. Dalam suasana penuh gemilang, sederhana dan damai..produk saya ini memecahkan temboknya untuk dipersembahkan kepada umum. Terima kasih buat semua peserta yang hadir untuk berkongsi masa, tenaga dan ilmu. Terima Kasih yang tak terhingga buat Master Hafiz & Azza yang bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan workshop ini. Juga tak lupa buat Master Nurul yang turut membantu ke sana kemari untuk mendapatkan beberapa tools untuk workshop ini.
Tentunya saya bangga dengan produk ini. Walau masih ada kekurangannya, saya tetap bangga. Ia sesuatu yang BERBEZA dari sesi-sesi saya sebelumnya. TAHNIAH buat Coach Amar atas komitmen beliau. Mudah-mudahan kerjasama ini berpanjangan.
Hari kelahiran KA-MK & R’ESQ56 berlansung pada 19012008 bersamaan 10hb Muharram 1429 yang juga adalah hari Assyura. Tentunya tarikh istimewa ini membawa banyak makna buat saya. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatan setiap kali menjelangnya kelak. Assyura hari kelahiran ALAM, kelahiran JIBRIL, kelahiran RAHMAT, kelahiran TAUBAT dll membawa bersamanya 1001 keajaiban & hidayah untuk mereka yang menantinya. Mudah-mudahan HIDAYAH itu menjadi cahaya yang akan terus menyinari KA-MK dan R’ESQ56 kelak.
Saya menerima kelahiran ini dengan berbagai RINTANGAN. Benar kata guru-guru, kebaikan bukan suatu yang MUDAH. Semakin besar konteksnya semakin besar cabarannya. Saya menyambut kelahiran KA-MK & R’ESQ56 dengan KEHILANGAN permata yang dikandung ISTERI tersayang. Beliau yang sedang mengandung 3 bulan disahkan keguguran pada petang 18hb. Tentunya khabaran ini cukup MENAMPAR kestabilan emosi & motivasi saya. Maklumlah, setelah 7 tahun tak mengandung, kegembiraan untuk menerima kandungan ini amat TINGGI maknanya buat kami berdua. Namun, rupanya DIA hanya berikan kami RASA itu seketika. Kini, hadiahNYA adalah suatu RASA yang lebih besar & LAZAT. Lazat yang tersembunyi, perlu kami gali & cari. Walau berbagai rasa yang muncul dibenak minda & perasaan, atas restu isteri; PERSEMBAHAN KA-MK perlu diteruskan. Alhamdulillah, saya menerima dugaan ini sebagai suatu KEHILANGAN untuk menerima KELAHIRAN KA-MK & R’ESQ56. Maka, tentunya segalanya amat BERMAKNA buat saya.
Ya Allah… Saya REDHA, saya ikhlas.. saya terus PASRAH kepadaMU.
Saya menghayati nikmat KEKAYAAN dalaman ini, saya semakin rasakan kehadiran KEKAYAAN LUARAN yang tersedia untuk saya. ROH KA-MK & R’ESQ56 semakin terasa denyut nadinya seumpama menggantikan denyut nadi ‘fetus’ kami yang berhenti. Semakin deras masa berlari.. semakin bergegar gerak nadinya ini.
Saya mengharapkan komen & pandangan dari semua yang terlibat dengan workshop siri 1ini. Komen & pandangan anda akan membantu saya untuk memperbaiki persembahan siri-siri yang lain kelak. Ia juga umpama nasihat untuk saya lentur ‘baby’ saya ini. Harapan saya, anda telah memperolehi sesuatu dari workshop ini untuk anda fahami, hayati & aplikasikan kelak dalam mengejar KEDAMAIAN, KEMAKMURAN & KEKAYAAN. Tiada apa yang mustahil untuk kita capai.. hayati tiap saat sebagai suatu anugerah.. suatu nikmat kekayaan.. anda akan menarik LEBIH banyak KEKAYAAN dalam hidup. Setiap 1 orang yang membaca artikel ini..tenaganya akan menarik 1000 orang lagi kepadanya.
Ammiinnn…
Mir Hazil Azran Ramli - R’ESQ Coach
ps: saya tulis artikel ini menggunakan Laptop kecil ASUS yang dihadiahkan isteri untuk projek KA-MK. Walaupun KA-MK belum berlansung hari tu, isteri saya dah beli hadiahnya siap2 buat peransang semangat. Ini artikel pertama dari laptop kecik ni.
ps2: ini artikel pertama saya di www.resq56.com. Terimakasih buat webmaster Zahir atas kecemerlangan usaha beliau untuk melahirkan pentas resq56 di web ini. Doa saya untuk beliau, terus SUKSES!. Sama-sama kita lakukan R’ESQ56 untuk kesejahteraan bersama.
Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO