MAKLUMAN..

Writing by coachhazil on Tuesday, 23 of September , 2008 at 11:30 am

Salam Sejahtera…

Pagi ini saya dimaklumkan oleh webmaster Zahir bahawa 7chakra.com TIDAK DAPAT DIEKSES (dibaca: dibuka secara online) atas sebab-sebab yang TAK PASTI. Menurut webmaster Zahir; perkara ini berkaitan dengan MASALAH DENGAN SERVER dan beberapa akaun / web yang turut berada di’server’ yang sama turut digantung.

NAMPAKNYA selain beberapa peristiwa tahanan ISA di Malaysia… web 7chakra.com juga kini dibawah siasatan dan pergantungan. Harap-harap tidaklah sampai perlu hantar sesiapa ke KEMUNTING.

SAMA-SAMALAH SEMUA BERDOA agar masalah ini bersifat sementara. Mudah-mudahan sebarang pertuduhan digugurkan seterusnya PERGANTUNGAN AKAUN ini ditarik semula. Buat masa ini, sebarang update akan dimaklumkan di web resq56.com ini.

Salam Ramadhan.

Mir Hazil Azran Ramli a.k.a Coach Hazil a.k.a Master G

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO

Ramadhan ESQ

Writing by coachhazil on Tuesday, 2 of September , 2008 at 8:27 am

Assalamua’laikum..

SALAM RAMADHAN…

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, renungkan sejenak MAKNA Ramadhan buat diri kita. Tafsiran kata Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, manakala kata Ramadhan membawa maksud literal sebagai membakar segala dosa-dosa. Dalam erti kata lainnya bererti MEMBERSIHKAN DIRI dari segala kekotoran dosa (energi negatif).

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya aliran sistem energi tubuh.”

Dosa adalah pengistilahan dalam ilmu spiritual untuk merujuk kepada ENERGI NEGATIF atau tenaga yang merosakkan dan memudaratkan. Makna yang tersirat amat besar meliputi segenap aspek kehidupan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Dosa merupakan KOTORAN dalam sistem Bio-energi tubuh yang akan menghasilkan HAMBATAN ENERGI (energy blockage). Jika terbiar tidak dibersihkan atau dicuci, akan merebak umpama virus seterusnya membentuk sebuah kekuatan negatif yang akan menjadi MAGNET yang menarik lebih banyak kekotoran kepadanya. Ia juga akan menghalang ALIRAN ENERGI POSITIF yang secara fitrahnya diperlukan untuk menjaga keharmonian dan kesihatan tubuh fizikal & psikologikal (emosi, minda & roh). Walaupun erti DOSA tidak terikat penjelasannya sebagai energi negatif, namun dalam sudut psikologi energi; ia merupakan sebahagian dari kompenan untuk menguraikan maksud energi negatif ini dari sudut keagamaan. Oleh kerana AGAMA merupakan aspek penting dalam pengolahan dan pembentukkan set kerohanian insan, maka definasi dosa sebagai energi yang negatif kepada sistem bio-energi manusia haruslah dilihat kepentingannya demi mencari penawar terhadapnya.

Jika dosa itu adalah tompokan atau palitan energi yang negatif pada sistem bio-energi insan, maka amalan ibadah dilihat umpama penawarnya. Ibadah dapat menyuci kotoran dosa, mengekangnya dari terhambat (tersumbat), menghalangnya dari berjangkit & merebak MALAH ia melindungi sistem bio-energi ini. Penjanaan ibadah yang berterusan akan mematikan virus dosa (menyuci dosa-dosa kecil hingga menghalang dosa-dosa besar) seterusnya mengekalkan keharmonian aliran tenaga CAHAYA (NUR @ ROH) tubuh. Tanpa sedar, insan akan memperolehi pencerahan jiwa & raga dan memahami MAKNA kehidupan (kecerdasan EMOSI & SPIRITUAL) pada tahap yang tinggi.

Tidak hairanlah ibadah diwarnai dengan pelbagai ritual yang bersimbolikkan penyucian jasmaniah & rohaniah. Baik amalan mandi (wajib / sunat), berwuduk, ritual solat, berzikir, bertasbih, bertahmid, membaca al-Quran, BERPUASA, berzakat, menunaikan haji, ibadah umrah, bersedekah, tolong-menolong, memberi senyuman, berkata benar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi untuk diri hinggalah ke amalan berkeluarga, bermasyarakat dan sebagainya.

RAMADHAN umpama KEMPEN BULAN PENYUCIAN yang dianugerahkan KHAS kepada umat Islam oleh yang maha PENCIPTA. Yang maha ARIF tahu bahawa insan sukar mengengkangkan dirinya dari palitan DOSA & NODA.. maka kerana itulah Islam menyariatkan BULAN PENYUCIAN @ RAMADHAN untuk umatnya mengambil kesempatan untuk membersihkan sistem bio-energinya demi keharmonian hidup & kesihatannya sepanjang tahun. DEMI MEMOTIVASIKAN insan agar memeriahkan KEMPEN BULAN PENYUCIAN ini, Allah MENAWARKAN pelbagai HADIAH-HADIAH YANG DIJANJIKAN berbentuk ganjaran PAHALA. AKTIVITI ibadah diunjurkan dan TENTATIF sepanjang Ramadhan diajar kepada semua umat Islam agar menjayakan KEMPEN ini demi untuk dirinya sendiri. Amalan bersahur, berpuasa, berbuka, melipat gandakan zikir & solat sunat, bertadarus, bertarawih, bermunajat dan segalanya diunjurkan untuk KITA BERLUMBA-LUMBA menjayakannya. Segalanya ini demi untuk MENYUCIKAN JIWA & RAGA insan itu sendiri dan bukan semata mahukan ganjaran yang dijanjikan.

Sia-sialah Ramadhan andai KECERDASAN (Q) kita masih berada pada tahap yang lama. Bukankah hidup ini adalah mencapai MAKNA.. untuk mencapainya kita harus PEKA dan BERUSAHA untuk mencari, mengupas, menilai, mengurai dan menghayati MAKSUD & TUJUAN segala sesuatu. MUTU IBADAH juga bergantung kepada PEMAHAMAN & PENGHAYATAN MAKNANYA. Maka, jadikanlah R’ESQ @ Ramadhan ESQ ini sebagai pentas untuk mencari, menilai dan menghayati anugerah bulan al-mubarak ini buat kita. Maha suci ALLAH yang telah menghadiahkan Ramadhan untuk umat Muhammad dengan sebesar-besar rahmat & kegemilangan yang dijanjikan DEMI menjaga ‘UMAT RASUL KESAYANGANNYA’ ini agar suci dari dosa & noda (energi negatif).

Buat semua alumni RESQ HU & RESQ 56, ambillah kesempatan ini untuk melakukan ritual pembersihan melalui teknik RESQ HU & RESQ 56 dengan mempertingkatkan KUASA PASRAH, REDHA & IKHLAS. Lakukan sebanyak mungkin teknik ini dikala lapang atau dikala punya kesempatan. Kesempatan untuk menyuci dosa-dosa ini akan lebih lengkap andai kita seiringkannya dengan amalan RESQ untuk memecahkan hambatan energi yang menjadi halangan kepada pengaliran HIDAYAH, SYAFAAT, QUDRAH, barakah, NIKMAH, REZEKI, NUR dan segalanya di sepanjang sistem bio-energi kita. Mudah-mudahan kelak, aliran ENERGI POSITIF ITU menjadi DERAS & LAJU membentuk kesempurnaan diri insan secara JASMANIAH & ROHANIAHnya.

Wallahualam

Coach Hazil @ Master G

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

Buku Aura Penyembuhan REIKI

Writing by coachhazil on Tuesday, 17 of June , 2008 at 2:15 pm

Salam Aura Kedamaian…

Lama tak ke pentas RESQ56.. energinya agak menurun kebelakangan ini. Mungkin kerana TEKANAN HARGA BARANG dan MINYAK yang NAIK!!.

Penawar ALAM bakal TIBA di Pasaran Terbuka tak lama lagi.. Kehadiran buku PERTAMA saya ini kelak akan menjadi RESEPI PENAWAR PERTAMA dari saya untuk kesejahteraan alam. Walaupun bukan yang terbaik untuk semua orang dan semua hal.. namun ia adalah penawar komplementari atau alternatif untuk difikir, direnung dan diaplikasikan kelak. ILMUnya luas… mungkin darinya, tercetus pengalaman BERKENALAN dengan apa itu REIKI.

Pentas ini pentas RESQ56… sementara buku RESQ56 dalam pembikinan (alamak… terlebih sudah!! - bocor rahsia saya dan coach Amar).. Buku AURA PENYEMBUHAN REIKI ini umpama abang long sementara wadah menunggu BUKU RESQ56 yang akan MENGGEGARKAN TANAHAIR kelak. Saya tidak mahu membicara panjang tentang isi BUKU REIKI saya ini… bacalah sendiri nanti dan nilailah ia. Jika ia bagus, tak perlu beritahu saya kerana saya sudah tahu kebenarannya… (hahaha… riak sikit).. KHABARKAN KEBAIKKANNYA KEPADA ORANG LAIN agar TENAGA KEBAGUSAN ITU TERUS MARAK MENYALA. Namun, jika ia tak bagus, baru beritahu saya.. mungkin kelak kita boleh bersenergi bagaimana nak membaguskannya lagi. Harus diingat, ini catatan awal & ringkas sahaja… bukanlah segala tentang REIKI. Mustahil nak cerita semua dalam buku setebal 200 muka. Kalau nak tahu semua… DATANG JUMPA SAYA dan BELAJAR A - Z akannya.

Sekian, kalam akhir.. jangan lupa BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI ini yang akan berada dipasaran pada 28hb JUN, 2008 kelak. Sokonglah ‘Produk’ buatan MALAYSIA!!!

Coach Hazil Azran

Comments (5)

Category: Bicara coach Hazil

TIPS MAGNET CEPAT KAYA

Writing by coachhazil on Friday, 9 of May , 2008 at 11:36 am

Tips 2 - BUAT 2 PERKARA INI!!

Jika anda betul-betul BERFIKIRAN KAYA dan mahu CEPAT KAYA.. Lakukan 2 langkah mudah ini:

1. ANDA BUAT TIPS 1 (BELAJAR-BELAJAR-BELAJAR!!!)

2. Anda AMAL - AMAL - AMAL!!! Amalikan apa yang anda BELAJAR!

BENAR!!, Semudah itu… ILMU ITU CAHAYA! Cahaya (NUR) itu KUASA aka POWER!!! ILMU yang DIAMALKAN akan MENJANAKAN POWER.. umpama sebuah dinamo atau ‘transformer’ penjana-kuasa yang dihidupkan. AMAL itu adalah ibadah (jika amal maa’ruf), melakukannya anda akan BERTAQWA!!!. Maka, anda bukan hanya BOLEH CEPAT KAYA, anda JUGA BOLEH JADI “ORANG KAYA yang BERTAKWA!!!”.

PILIH untuk apa yang anda perlu TAHU & BELAJAR untuk jadi KAYA dengan CEPAT!! Kerana KAYA itu adalah SAINS… dan sains menyatakan HUKUM masa, jarak, kelajuan & tempat. KUASAi ILMU yang TEPAT!!

SETERUSNYA, apa yang anda perlu buat adalah PRAKTISKAN ilmu tersebut.. buat - buat dan buat. Jangan PERSOALKAN bagaimana sesetengah HUKUM BEKERJA!! Anda hanya PERLU GUNA & YAKIN akannya.

Anda mungkin seorang yang TAK TAHU MASAK NASI.. tapi anda PASTI seorang yang TAHU makan nasi. Malah, mungkin anda TAK PERLU tahu bagaimana ia terhasil, anda hanya perlu tahu untuk GUNAKANNYA!!

Kebanyakan dari kita punya banyak MASA untuk ‘layan’ perkara-perkara yang REMEH TEMEH dalam hidup. Berkejar UNTUK pulang ke rumah semata-mata untuk menonton Siri Drama Petang yang kita minati, melayan membaca artikel-artikel “syok sendiri” yang ada dalam web, melayan ‘youtube’ klip video Janet Jackson & Justin Timberlake, layan blog POLITIK yang kita sendiri tak faham ‘permainannya’, layan ‘latte’ dekat Starbuck sampai 1 1/2jam, layan main Playstation (kalu temankan anak masa ‘family time’ kira okey gak) atau layan game kat PC kita ni, layan ’mr/miss x’ kat chatroom, layan sms, layan roti canai & teh tarik ‘mai secawan’ kat mamak’s corner sambil nonton MU lawan Arsenal, layan DVD Celine Dion - Live in Las Vegas 2007, layan Majalah Mangga atau POP - cerita gossip artis ‘C’ dengan Dato’ J, layan ‘window shopping’ kat Mid Valley, layan carton kat Cartoon Network dan MACAM-MACAM LAGI. Lebih hancur lagi… ada yang dah jadi habit kena buat hari-hari (kalu sekali-sekala tu, ‘woright’ la juga).

Kita banyak MASA untuk buat semua benda-benda tu… tapi kita TAKDE MASA untuk BELAJAR dan PRAKTIK petua untuk mencapai KEJAYAAN & KEKAYAAN yang telah terbukti bagi memungkinkan kita menjadi KAYO atau BERKUASO!!

Ramai orang yang BERJAYA akan gunakan 1 hinnga 2 jam dari 24jam mereka untuk BELAJAR dan PRAKTIKkan secara serius FORMULA kekayaan mereka.. MEREKA MERANCANG UNTUK HARI ESOK!! MENYEDIAKAN MINDA UNTUK HARI ESOK..!!! dan esoknys… dan esoknya… dan esoknya… lagi.. lagi.. dan lagi…

ANDA???!!

Ayuh!! Buatlah 2 langkah ini. Tips 1 - BELAJAR untuk belajar!! Tips 2 - Belajar & Praktikkan!!

Sekian, Jangan LUPO!! KA-MK 24&25 Mei, 2008. Tempat TERHAD!!

kamk-hands-may-copy.jpg

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil

KA-MK di Sinar Harian

Writing by coachhazil on Wednesday, 7 of May , 2008 at 12:12 am

kamk-iklan-sinar-may2008-2-copy.gif

Dapatkan AKHBAR SINAR HARIAN hari SABTU 10hb Mei, 2008 untuk Artikel Kuasa Aura-Magnet Kekayaan & IKLAN KA-MK.

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil, KA-MK INFO

TIPS MAGNET CEPAT KAYA

Writing by coachhazil on Tuesday, 6 of May , 2008 at 12:01 pm

TIPS 1 - BELAJAR! BELAJAR!! BELAJAR!!!

Anda akan menjadi KAYA dengan CEPAT jika anda mula mengkaji TIPS PERTAMA ini iaitu; KEJAYAAN ADALAH SUATU TOPIK PEMBELAJARAN YANG KHUSUS, TERSENDIRI DAN BERBEZA.

Seperti anda mempelajari METAMATIK, SAINS, BAHASA, ugama, ejaan, psikologi, reiki, astrologi dan sebagainya dari anda kecil dahulu hinggalah kini. ILMU KEJAYAAN juga begitu!!! Anda perlu belajar SAINS, TERTIB, HUKUM, tips, petua, sejarah oarng berjaya, formula dan TATACARAnya… bukan main reddahhh je!!

PERATURAN, HUKUM & PRINSIP mengenai KEJAYAAN, KEKAYAAN & CEPAT KAYA memang wujud sama seperti - dan telah terbukti - wujudnya HUKUM GRAVITI, HUKUM KESEIMBANGAN/PASANGAN, HUKUM PANTULAN/TARIKAN dan HUKUM PENCIPTAAN.

ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN ramai orang menjadi LAMBAT KAYA adalah kerana MEREKA HANYA MENUMPUKAN KEPADA USAHA..USAHA…USAHA!!! Mereka juga menumpukan kepada TATACARA MEMPERBAIKI USAHA atau KEMAHIRAN BEKERJA sahaja. Walaupun PETUA ini betul.. NAMUN, HAKIKATNYA apakah mereka mampu menjadi HEBAT & MAHIR dengan hanya menggunakan SATU PETUA???!! Mereka harus GALI & CARI 1001 PETUA ATAU TIPS LAIN untuk terus kekal BERJAYA. Maka untuk CEPAT KAYA… anda PERLU BELAJAR..BELAJAR..BELAJAR!!!!

BELAJARLAH SAINS KEKAYAAN…. Jadi MAGNET CEPAT KAYA!!

kamk-hands-may-copy.jpg

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

Masihkah kalian ingat..?

Writing by coachhazil on Saturday, 12 of April , 2008 at 12:03 am

Salam Aura Kekayaan…

Fitrah manusia, kembara mindanya membawa ia ke pelbagai wilayah-wilayah lama, biasa & baru untuk diteroka. Tatkala dalam keasyikkannya melayan karenah minda yang banyak ragamnya itu, ada ketikanya manusia terleka. Walau yang dilakukannya itu sesuatu yang memanfaatkan minda, jiwa atau dirinya.. namun seseorang harus peka akan KEPERLUANNYA untuk sentiasa mengingati MATLAMAT!

Sekadar berpesan-pesan kiranya ada yang LEKA ATAU TERLUPA. Masihkah anda ingat MATLAMAT ANDA? Masih ingat APA IMPIAN ANDA? Untuk ex-KAMK; MASIH INGAT APA YANG ANDA CATATKAN DALAM KERTAS IMPIAN ANDA??? Hem…??!! Mudah-mudahan jangan ada yang TERLUPA!


Comments (2)

Category: Bicara coach Hazil

KUASA PASRAH - Part2

Writing by coachhazil on Thursday, 14 of February , 2008 at 12:56 am

Ini sambungan artikel KUASA PASRAH kat bawah tu. Baca dulu bahagian satu dibawah… skrol turun ke artikel tersebut. Dah tu, baru skrol naik baca PART 2 ni. Kasi lagu keluar dulu (pastikan speacker anda ‘on’)….

Ya Allah..
Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmatNya

Jadikanlah air mataku, sujudku &  tanganku ini
Sebagai saksi di akhirat
Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai pemayung ketika panas terik di padang Masyar
Sesungguhnya tidak tertanggung oleh ku akannya
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri

Tuhan….
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan
Sempurna kepadaMu kerana kebaikan telah ditembusi kejahatanku
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan
Air mata penyesalan, sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa
Mengharap rahmatMu
Dan wajah yang malu memandangMu

Meskipun rayuan setinggi gunung
Namun…kesangsian datang di celah harapan
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata Nabi Adam
Selama 200 tahun sehingga bumi terbelah menjadi sungai..

Apakah sujudku ini sehebat Uwais al Qarni yang merintih hingga dinihari
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan
Siti Maryam yang merayu kehadrat ilahi

Apakah wajahku yang menghadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah
Yang menghadapMu dengan rasa kehinaan

Semua kesangsian ini…
Ya Allah mendatangkan ketegaran di dada
Untuk menghadapMu tetapi hanya ini yang ada padaku…

Ya Allah…hanya untuk hari ini, DEMIMU…

Padamkan amarahku… padamkan resahku…. aku bersyukur… aku jujur…. dan ku akan beramal baik.

Ya Allah…
Ya Allah…. aku redha… aku ikhlas… dan aku pasrah padaMU
Ya Allah…. aku redha… aku ikhlas… dan aku PASRAH.

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

KUASA PASRAH

Writing by coachhazil on Wednesday, 13 of February , 2008 at 11:12 pm

Di dalam Workshop KA-MK, peserta akan menyelami dirinya. Menerokai sebuah ruang yang jauh tersorok. Menerokai sebuah zon yang amat jarang disentuh atau tersentuh yang akibatnya tinggal usang & kehausan. Mengenal suatu daerah yang bernama JIWA. Peserta akan membongkar RAHSIA JIWAnya dan menjana KUASA-KUASA hebat yang kelak bakal menjadi KEMAKMURAN dalam hidupnya. Salah satu kuasa tersebut adalah KUASA PASRAH.

Apa itu KUASA PASRAH??

Pasrah adalah suatu bentuk penyerahan. Sering dikaitkan dengan sifat penyerahan kepada Yang Maha Pencipta. Pasrah juga bermaksud bersedia menerima sambil menaruh harapan kebaikkan untuk sesuatu. Pasrah adalah kuasa penyerahan yang total. Mudah diucap, belum tentu terhayat atau terlaksana. Kuasa Pasrah yang TOTAL & HEBAT juga adalah dinamakan tadharru’!!

Tadharru’ ialah kehinaan yang amat dan rasa rendah diri yang disebabkan oleh hilangnya harapan dan terpapar apabila seseorang itu sampai ke destinasi terakhirnya. Tadharru’ adalah satu bentuk penyembahan yang di gunakan oleh seorang mukmin semasa dalam keadaan yang terdesak, krisis, dan kecemasan atau menghadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara.

Sifat ini akan membuang sifat ego, angkuh, bangga diri yang menutup hati insani. Ianya menunjukkan keikhlasan kita untuk memohon pertolongan terhadap Allah s.w.t dan menyedarkan kembali bahawa hanya padaNya tempat kita bergantung. Ia juga menyedarkan kita bahawa kita hanyalah insan yang `kotor’ disisiNya dan memerlukan pertolongan dariNya. Memerlukan PEMBERSIHAN dariNya.

Keadaan ini di gambarkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan menyebut, “Bayangkan seorang lelaki yang sedang hanyut di tengah2 lautan dan apa yang dia ada hanyalah sekeping kayu yang masih menjadi tempat pautannya. Lelaki tersebut menjadi semakin lemah dan ombak lautan yang masin semakin menariknya kearah maut. Bayangkan lelaki tersebut dengan matanya yang penuh mengharap dengan penuh terdesak melihat ke langit menangis sekuat-kuatnya “Ya Tuhan, Ya Tuhan!!” Bayangkan betapa terdesaknya lelaki tersebut dan betapa ikhlasnya dia memohon bantuan dari Allah s.w.t.”

Allah s.w.t. maha pemurah lagi maha penyayang. Kadangkala apabila kita terleka, alpa dan hanyut dari jalan yang lurus, Allah s.w.t. akan meletakkan kita dalam situasi yang amat terdesak supaya kita menyedari kelemahan kita dan kembali kepadaNya untuk mencari perlindungan dan meminta pertolongan. Oleh itu, musibah yang menimpa orang islam sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita supaya kembali semula kepada Allah s.w.t.

Jadi, adakah kita sedari akan mesej-mesej yang disampaikan Allah?

Kadangkala kita mendapat sesuatu yang kurang memuaskan, kehilangan wang, gagal dalam perniagaan, di rompak, kemalangan, ditipu dan sebagainya. Adakah kita sedar bahawa ia adalah mesej dari Allah untuk kembali kepadaNya? Walaupun kita mungkin tak diuji sedemikian rupa, adakah kita HANYA akan bertadharru’ atau menyelami KUASA PASRAH ini apabila ADA UJIAN BESAR yang melanda. Seolah-olah masa lainnya kita EGO, SOMBONG, BONGKAK atau kurang mensyukuri dengan segala anugerah. Atau mungkin kita rasa amal kita SUDAH cukup hebat dan sempurna.

Kita MEMBICARAKAN soal KAYA.. KAYA… KAYA… Sedangkan KEKAYAAN JIWA kita LANGSUNG TIADA!! Malah, jiwa masih miskin hina hingga tidak bisa mengenal apa itu tadharru’ … apatah lagi merasai, menghayati dan menjiwainya. Nyatakan termanologi KAYA kita masih MISKIN.

KUASA PASRAH ini harus dicipta (bukan tunggu dah susah hina, sakit, cemas dll).. ia harus dilatih… ia harus digali rasa dan penghayatannya. Inilah satu tahap kehinaan yang kita harus cuba mencapainya ketika mana kita berdoa kepada Allah s.w.t agar membantu melenturkan jiwa kita yang mungkin rusak dan kotor dengan IMPIAN LUARAN yang mengasyikkan kita dan ummah.

Marilah kita sama-sama merayu kepadaNya seperti mana Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah ketika mana baginda terperangkap di dalam perutikan Nun. Sedangkan rasul yang berkedudukan tinggi dan dijamin syurga bagi mereka memohon pertolongan Allah dalam keadaan yang penuh tadharru’, apatah lagi kita insan biasa yang sering tidak terlepas dari melakukan dosa..

KUASA PASRAH akan membentuk KEKAYAAN JIWA yang maha HEBAT. Kekayaan JIWA inilah kelak akan menjadi MAGNET untuk menarik SEGALA KEKAYAAN LUARAN. Mana mungkin yang luar terjana TANPA ada KUASA yang di dalam??!!.

Pilihlah… KAYA LUAR MISKIN DALAM atau KAYA LUAR KAYA DALAM!!  

Wallahua’lam..

Mir Hazil Azran - RESQ56 Coach

PS: Terokai RAHSIA ini bersama kami di KA-MK 16hb FEB, 2008 dan RESQ56 17hb FEB, 2008. 2 dalam 1… KAYA LUAR KAYA DALAM!!!

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil

NASMA AURA

Writing by coachhazil on Tuesday, 5 of February , 2008 at 3:37 pm

Ada yang bertanya-tanya pasal pancaran, cahaya diri, nur diri, rahsia diri dan sebagainya. Ilmu aura pulak dianggap jauh dari landasan itu… ia hanya ILMU SAINS ciptaan manusia. Sains dan Islam umpama Agama dan SUCI (sufi).. dalam agama ada suci.. namun dalam suci belum tentu hak satu-satu agama semata. (untuk kita orang islam, Islam itu suci - untuk yang beragama kristian, agama itulah yg suci bagi mereka dan begitulah yang lain-lain). TAPI, Islam itu LENGKAP dan ALLAH hnya menerima ISLAM sebagai wadah kehidupan untuk hambaNYA.

Lengkap bererti meliputi segala sesuatu. Ada yang JELAS ada yang TERSEMBUNYI. Ilmu perundangan, metamatika, fizika, kimia, bahasa, sains, teknologi dan sebagainya adalah wadah menghalusi agama. Jika ia dilandaskan pencarian berasaskannya dan untuknya.. ia tidak akan melencong dari asalannya. Lalu, sains hanya wadah untuk membantu membongkar RAHSIA yang tersembunyi dalam Islam andai landasan islam itu diikuti.

Namun, untuk memberi pendapat, seseorang harus berijtihad. Ijtihad tidak boleh sembarangan. Orang itu harus BERILMU & MAHIR akan ilmunya. Yang mahir agama.. ijtihadnya dalam agama, yang mahir sains - tentunya ijtihadnya dalam sains. Setiap orang punya kemahirannya. Maka, kerana itu ia harus merujuk kepada ahli ilmu yang lain. Biarpun ada beza pendapat… namun ijtihad membantu memakmurkan ilmu asalkan landasan iman & taqwa tidak dicerobohi. Pun begitu, pendapat masih pendapat… ia bukan HUKUM. Selagi ia bersifat pendapat, ia hanya wadah sokongan untuk mentafsir. Lebih banyak pendapat.. lebih berkembanglah tafsir atas dasar. Lalu, berilmulah… beramallah… dan hulurkan pandangan.

Pandangan saya:

Alam dijadikan berpasang-pasangan. Ia adalah karya Hukum Pasangan ciptaan Yang Maha Esa. Lelaki dan perempuan, siang dan malam, luar & dalam, baik & buruk, dosa & pahala dan sebagainya.Firman Allah yang bermaksud:

Maha suci Tuhan yang telah mnciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui

– Surah Yassin ayat 36.

Dari hakikat realiti fizika.. kita mengenal dan faham akan fakta pasangan ini kerana ia jelas lagi nyata. Dari sudut hakikat metafizika pula, ia perlu direnung dengan mendalam dengan mata hati dan jiwa. Tubuh adalah fizika, pasangannya adalah tubuh astral yang tidak nampak. Tubuh astral ini juga dinamakan NASMA iaitu aura. Dalam terminalogi kerohanian (islam), nasma hadir bersama tubuh fizik sebagai wap-wap air atau lapisan nipis udara (angin) pada tubuh tersebut. Secara kiasnya umpama kehadiran haruman (metafizik) pada bunga (fizik) atau cahaya /panas (metafizik) pada api (fizik).

Dalam kamus arab, perkataan nasma bermakud ‘jiwa; orang’ manakala dalam translasi inggerisnya pula bermaksud ‘a soul’. Dan SOUL adalah RUH. Renung-renungkan…

Dalam surah Al Mu’minuun ayat 17, Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami).

Dalam tafsiran ayat ini, kitab tafsir menyentuh maksud ‘tujuh buah jalan’ sebagai kejadian langit yang 7 lapis kerana ayat yang seterusnya (ayat ke 18 ) menyatakan tentang ‘air dari langit’. Namun dalam surah ini juga dari ayat 12 hingga 16 menceritakan perkembangan kejadian manusia dan kehidupannya di akhirat. Asal kita dari tanah, saripati air mani pada rahim, seterusnya menjadi segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu tulang hingga ke petikan ayat “Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” - petikan ayat 14.

Maha hebat susunan cerita dalam surah ini menjadikan ayat 17 tersebut sebagai penghubung antara ‘kejadian manusia’ dan ‘kejadian langit & isi bumi’. Seolah suatu RAHSIA untuk kita renungkan antara hubungan atau persamaan kejadian kita dan langit.

Mungkinkah: 7 buah jalan itu bermaksud lata’if (chakra) atau lapisan nasma (aura) yang dalam ilmu lain menyatakan ianya ada 7 .

Nasma bermaksud jiwa @ roh - suatu makhluk metafizik seperti juga sifatnya angin, udara, awan seperti yang terdapat pada kejadian langit. ‘makhluk yang (berbentuk) lain’ - mungkinkah maksudnya ROH @ jiwa?

Wallahualam. Renung-renungkan….

Mir Hazil Azran Ramli

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.