Writing by coachamar on Saturday, 9 of August , 2008 at 7:23 pm
Otak mempunyai pelbagai kerja dan fungsi yang telah diciptakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia. Ia adalah salah satu ciptaan dari “teknologi” yang dimiliki oleh Allah SWT yang SUKAR difahami dan dikuasai oleh manusia sendiri. Sebenarnya, banyak lagi ciptaan Allah swt yang masih belum mampu diterokai atau dijumpai (dibenarkan) oleh Allah untuk dikuasai oleh manusia. Contohnya adalah ilmu tentang “roh”, hati (Qalbu), “nyawa’, kejadian benih manusia dan banyak lagi yang masih dikaji dan diselidiki oleh para saintis terutamanya dari Barat.
Bagaimanapun, keinginan dan ketekunan manusia menyebabkan sedikit demi sedikit teknologi ini dibuka kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencari dan mempelajari kejadian-kejadian yang HEBAT yang telah Allah kurniakan kepada manusia.
Jika teknologi “remote control” dibawa pada zaman dahulu kala, nescaya manusia zaman itu telah menuduh kita sebagai seorang ahli sihir. Begitu juga dengan handphone, computer, TV, radio dan sebagainya. Maksudnya, bukanlah ilmu ini salah tetapi pada masa itu, teknologi milik Allah ini belum dibuka dan dihijabkan untuk manusia. Tetapi, terdapat sesetengah para nabi dan rasul yang telah diberikan mukjizat untuk mendapat kelebihan-kelebihan ini untuk membuktikan yang Allah itu Maha Menguasai segala ilmu dan teknologi yang ada di alam semesta ini.
Salah satu hasil Otak adalah fikiran ataupun minda. Manusia boleh mati, tetapi fikiran-fikirannya tetap hidup. mengapa begitu??? Kerana fikiran disebar-sebarkan, dikembangkan, dibincangkan dan diperbahaskan. Menurut Al-Kindi (796-873 M), daya tertinggi adalah daya berfikir.
Begitu juga dengan Kekuatan Minda. Terdapat pertikaian tentang subjek yang diperkatakan ini. Dari dahulu, terdapat sesetengah khalayak yang suka membuat “terjahan” dan kesimpulan tanpa melihat dan memahami teknologi hebat ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. Untuk mengetahui sesuatu pekara itu betul atau salah, kita perlu memahami dan mengetahui ilmu tersebut. Bukan hanya membaca dan membuat takrifan berdasarkan kefahaman kita yang bukan dari bidang tersebut. Sikap suka membuat “label” banyak membuatkan bangsa dan agama kita terus tertinggal dan diperkecilkan oleh orang luar.
Apabila kita memperkatakan tentang KUASA MINDA, kita sebenarnya sedang memperkatakan tentang kuasa atau kekuatan yang dihasilkan oleh minda manusia untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Kuasa itu adalah dalam bentuk tenaga atau daya yang bersifat fizik dan metafizik. Kerana itu dari dahulu, kuasa minda kerap diceritakan dengan cerita-cerita kekebalan, kekutan fizikal, kuasa memanisfestasikan sesuatu impian, ilmu fokus dan sebagainya. Maka, KUASA yang ada pada minda adalah kuasa yang bersifat energi,frekuansi, getaran ataupun gelombang yang dihasilkan dari otak manusia. Ilmu kuasa minda ini memang banyak dibawa dan dikembangkan oleh ramai pengamal kuasa minda di Malaysia sebelum ini.
Manakala, satu lagi fungsi dan kemampuan otak yang kurang dikembangkan di Malaysia adalah otak sebagai satu pusat pengumpulan sistem kepercayaan kepada kehidupan manusia. Sistem kepaercayaan adalah satu kumpulan atau “Bank” memori kepada kesemua kepercayaan-kepercayaan tentang segala aspek kehidupan atau apa yang telah seseorang indivdu itu lalui atau pengalaman-pengalaman kehiduan yang telah individu itu terima sebagai realiti dalam kehidupannya.
Sistem kepercayaan inilah yang dikatakan sebagai mentaliti atau rangka pemikiran (Kerangka Minda) pada seseorang individu. Dan kepercayaan inilah yang dikatakan IMAN kita tentang kehidupan. Kerangka minda atau Mentaliti ini mempunyai PERANAN yang SANGAT BESAR terhadap cara manusia itu bertindak dan berintreaksi di dalam sesuatu isu atau situasi yang individu itu hadapai. Dan dari mentaliti atau set pemikiran inilah, sikap atau tabiat atau tingkah laku manusia terbentuk.
Sebenarnya, otak mempunyai pelbagai lagi fungsi besar dalam diri dan kehidupan manusia. Dua fungsi yang saya sebuatkan tadi hanyalah sebahagian dari kerja dan kekuatan yang dihasilkan dari otak. Kecerdasan intelek (mengira, membaca, menulis, menganalisa, menghafal dan lain-lain lagi) , pusat arahan organ dan anggota badan manusia, kecerdasan dan kekuatan spiritual , menjana emosi, kemampuan psikik dan sebagainya yang tidak mampu saya uraikan kesemuanya di artikel ini.
Apa yang saya mahu tekankan, kebanyakkan kita tidak mahu belajar dan memahami kepentingan yang ada pada diri kita sendiri. Lebih malang jika ada kelompok yang menolak kemampuan dan kehebatan yang mampu dihasilkan jika kita memahami dan menguasai cara kerja otak dan minda kita sendiri. Contoh yang kita boleh lihat adalah bagaimana dahulu, manusia hanya tahu memprogram dan memasukkan semula mentaliti atau kepercayaan baru di dalam minda manusia. Dan manusia memang tidak mempunyai “teknologi” bagaimana untuk me “reset” atau memprogram pemikiran manusia sendiri. Tetapi, kerana Maha Suci dan Maha Penyayang Allah itu, dibukakan ilmu dan maklumat tentang teknologi minda ini pada mansia yang ingin berubah dan ingin belajar. Maka, manusia mula tahu teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang betul untuk membuat program baru dalam minda manusia atau memprogramkan semula kepercayaan-kepercayaan baru dalam pemikiran manusia. Justeru, teknologi ini telah digunakan oleh Yahudi dan agen-agen kafir sperti CIA, FBI, KGB dan sebaginya untuk mem “brainwash” dan membasuh semula pemikiran-pemikiran penganut Islam dengan kaedah-kaedah yang betul dan cepat- melalui agen mereka seluruh dunia dengan tujuan untuk melemahkan kekuatan pegangan Umat Islam. Kerana itu , jika kita tidak belajar dan menguasi ilmu ini, maka bagaimana kita boleh mengelak atau mengatasi ancaman dari mereka?
Walaupun kita hanya banyak menyentuh dan menerangkan tentang kekuatan minda dari segi KUASA yang ada pada minda itu,. Tetapi masih banyak lagi fungsi dan kemampuan otak yang masih belum terungkai dan dikembangkan untuk manfaaat dan kebaikan kehidupan manusia secara umun dan kepada kemajuan umat Islam secara khusus. Kerana itu saya ingin mengatakan betapa ilmu ini sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai supaya potensi dan kekuatan insan dapat terjana dan dibangunkan untuk kepentingan bangsa dan agama.
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Sunday, 6 of July , 2008 at 2:39 pm
Dua orang individu berbeza kerana cara mereka berfikir dan cara mereka memberi tumpuan dalam kehidupan mereka setiap hari. Apa yang mereka fikirkan dan sebut akan menjadi panduan dan mencerminkan apa yang ada dalam pemikiran mereka.
Seorang individu yang kerap gagal dapat kita KENALI kerana mereka kerap merungut-rungut dalam kehidupan mereka. Ini dapat kita lihat contohnya seperti:-
“apalah aku nie asyik salah aje”
“kenapa aku berniaga asyik rugi aje”
“kenapa hari ini asyik hujan aje”
dan macam-macam rungutan yang kita boleh dengar dari mulut orang-orang yang kerapa gagal. Tetapi cuba kita lihat orang yang selalu gembira dan makmur dalam kehidupan mereka. Apakah yang kerap mereka sebut?
Ya…orang yang berjaya selalu BERSYUKUR dengan apa yang mereka perolehi dan terima dalam kehidupan mereka. Walaupun apa yang mereka perolehi belum mencapai “target” atau matlamat mereka, tetapi mereka akan bersyukur dan berusaha lagi.
Inilah perbezaan besar pemikiran atau mindset seseorang individu. FOKUS pada KEKURANGAN atau FOKUS pada KEMAKMURAN.
Coach Amar
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Friday, 20 of June , 2008 at 5:21 pm
Setiap hari manusia banyak yang menitikberatkan gaya fizikal mereka. Kulit cantik, rambut tersusun rapi, pesonaliti yang menarik, dan pelbagai lagi ciri-ciri fizikal yang diberatkan. Tetapi masih ramai yang tidak tahu yang selain tubuh fizikal, manusia mempunyai satu lagi tubuh yang sangat penting dan menjadi faktor besar kemakmuran dalam kehidupan manusia.
Di samping menjaga kesihatan tubuh fizikal, individu terlupa menjaga kesihatan tubuh metafizik mereka. Jika tubuh fizikal mempunyai organ-organ dan urat-urat yang mengalirkan darah ke setiap tubuh badan manusia, bagi tubuh metafizik- chakra dan meridian adalah “organ-organ” penting bagi tubuh metafizik.
Jika ramai individu menitikberatkan kesihatan tubuh fizikal tersebut, berapa ramaikah pula yang menitikberatkan kesihatan dan mempelajari cara menjaga dan memahami organ tubuh metafizik- chakra dan meridian tersebut bekerja dan memberi impak pada kehidupana manusia dari aspek kesihatan, perhubungan , kejayaan dan kemakmuran setiap individu.
Kenapa tubuh metafizik penting?
Tubuh metafizik adalah tubuh energi. Ia membentuk “pakaian” tubuh pada diri manusia. Mempunyai pelbagai warna dan dikenali sebagai AURA. Dan yang ramai individu tidak ketahui adalah tubuh ini sebenarnya adalah penghubung antara tubuh fizikal dengan energi alam semesta. Dan yang paling penting, tubuh metafizik inilah KUNCI yang bertindakbalas atas hukum “law of Attraction” atau “Hukum Tarikan” atas setiap aspek kehidupan manusia.
Jika sihat dan cantik tubuh metafizik, maka makin POSITIFlah kehidupan yang dihadapi individu tersebut. Jika tubuh metafizik diberi perhatian, maka makin lancar urusan dan makin mudah perjalanan kehidupan anda.
Sihat Tubuh metafizik, makin makmurlah kehidupan anda!
Coach Amar
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Friday, 30 of May , 2008 at 7:46 pm
Selepas balik dari Langkawi, agak sukar sedikit idea menulis untuk muncul. Alhamdulillah beberapa hari ini, selepas banyak membaca buku-buku yang bersusun di rak buku di rumah saya ; idea mula muncul dan mengalir seperti biasa.
Dan kerana tak sampai hati melihat blog ini lambat bergerak, maka walau sedikit pun saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya rasa sekembali dari R&R di Langkawi.
Inilah penangannya bila terlalu kerap merenung BULAN PENUH semasa di sana. Sepanjang dua malam di atas roof hotel Landcons, sangat kerap bulan yang cantik dan mengembang penuh saya renung dan “tap” energinya di sana. Malahan , jika sesiapa yang tidak tidur semasa pulang di dalam bas (bagi yang duduk sebelah kiri bas) PASTI akan perasan BULAN mengembang penuh yang mengekori perjalanan bas tersebut selepas kita berhenti rehat di R&R highway di sana.
Jadi, sekali lagi saya sambil baring di dalam bas, tap “energi” dari bulan yang sangat indah itu.
Tetapi kerana kekerapan merenung dan mengakses (tap) energi bulan itu, selepas hampir 2 minggu pulang ke rumah ini,…bayangan BULAN di langkawi itu sudah melekat di dalam kotak neuro saya. Setiap kali saya hendak melakukan simple meditation atau ingin menutup mata saya, pasti imej bulan akan terus muncul dan yang paling HEBAT, energinya terus saya RASAkan.
Bagaimana nyamannya mata kita yang melihat BULAN itu, begitu juga nyaman energi yang dichannelkan setiap kali saya melihat imej BULAN di minda saya. Makanya, rasa rindu untuk duduk di atas roof hotel Landcons muncul setip kali saya melihat imej bulan itu.
Malahan , masa saya sedang menaip ini pun terbayang-bayang imej BULAN yang mengembang dan indah di hujung sana.
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Sunday, 4 of May , 2008 at 4:50 pm


Di antara ke-dua-dua kedai di atas, manakah satu kedai makan yang akan MENARIK anda untuk masuk ke kedai tersebut?
Mengikut pemerhatian saya, jika kita berjalan atau ternampak kedai tak kira kedai makan atau kedai yang menjual barangan, pasti kita akan TERTARIK dengan keramaian dan suasana “penuh” yang terdapat pada kedai tersebut. Sebenarnya, inilah satu tindakbalas energi yang dipanggil “hukum tarikan” atau “law of attraction” yang berlaku tanpa kita sedari setiap hari.
Malahan, semasa saya bekerja dengan sebuah syarikat kewangan jepun, satu keadaan yang “pantang”bagi MD saya jika terdapat gambar “suasana kosong” diambil jika terdapat permintaan dari HQ kami di Jepun untuk melihat gambar-gambar ofis di Malaysia. Juga untuk tujuan pengiklanan, gambar-gambar ofis atau pusat perkhidmatan diPASTIkan diambil dengan mempunyai gambar yang penuh dengan pelanggan MENGAMBARKAN suasana bisnes yang bagus.
Di dalam praktis sains energi alam seperti feng shui, banyak kaedah yang serupa digunakan untuk menarik energi sesuatu benda yang kita inginkan.


Di atas adalah contoh barang-barang yang digunakan dalam satu aliran feng shui yang diletakkan di rumah untuk menarik atau meng-aktifkan energi kekayaan pada individu tertentu. Kesemua elemen yang digunakan adalah simbol yang mewakili energi kekayaan.
Secara mereka tidak sedar, Praktisi feng shui juga sedang menggunakan “hukum tarikan” iaitu meletakkan energi atau simbol kekayaan di rumah yang MENYEBABKAN hukum tarikan yang berlaku akan menarik PERHATIAN energi-energi kekayaan di luar untuk mengalir masuk ke dalam rumah tersebut.
Jadi, tahukah anda kenapa sangat PANTANG bagi kita membiarkan wallet kita kosong tanpa wang? Dan kenapa kita patut mempunyai “ibu duit” yang sentiasa menghuni di dalam wallet kita?…

AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Tuesday, 22 of April , 2008 at 7:42 pm
Psikologis Amerika William James telah menulis pada tahun 1908: “Kita menggunakan HANYA peratusan kecil sahaja kemampuan dan sumber kekautan mental manusia.” Albert Einstein dan Antropologis Margerat Mead juga pernah mengatakan dan menyokong kenyataan seperti yang dikatakan oleh William James itu. Perbincangan tentang penggunaan peratusan fungsi dan kekuatan yang ada pada mental manusia sentiasa menjadi perbincangan pakar neuro mahupun ahli psikologis.
Dalam web : www.quantum –self.com, Dr Jill Ammon Wexler-seorang “Pioneer Brain/Mind Research” mengatakan kebanyakkan manusia menggunakan hanya 1% sahaja kekuatan sebenar mental manusia dan kita MAMPU meningkatkan kekuatan penggunaan mental jika kita memahami cara kerja mental kita sendiri. Menurut beliau, jika kita meningkatkan penggunaan kuasa mental/minda kita maka kita mampu “melihat” dunia dengan lebih luas lagi.
Kerana kita menggunakan kekuatan atau kuasa minda kita hanya peratusan yang kecil sahaja, maka “range” atau keluasan persepsi kita juga sangat kecil dan “limited”. Data menarik untuk kita buktikan adalah memerhatian “jarak” atau “range” kemampuan kita dengan kemampuan haiwan.
Kita hanya mampu mendengar di dalam “range” 20hz ke 20,000hz manakala tikus mampu mendengar pada “range” 1,000 ke 50,000hz. Maka kita tidak mendengar hampir kebanyakkan frekuansi bunyi yang ada disekeliling kita. Tetapi tidak bermaksud “bunyi yang tidak didengar” itu tidak wujud (contoh dalam teknologi SUBLIMINAL).
Malahan kemampuan penglihatan kita juga terhad berdasarkan kemampuan “melihat” manusia. Kita tidak mampu melihat kesemua frekuansi gelombang cahaya. Kerana itu kita tidak mampu melihat gelombang cahaya seperti gamma, x-ray, ultra-violet dan frekuansi infra-red; maka kita bergantung kepada penggunaakn alat penggukur untuk membuktikan kewujudan frekuansi gelombang cahaya itu. (Kamera teknologi Aura- boleh membuktikan kewujudan cahaya yang kita tidak nampak).
Banyak lagi bukti kemampuan haiwan dalam kemampuan kekuatan psikik yang ada pada mental haiwan tersebut seperti bagaimana kemampuan ikan, burung dan haiwan seperti monyet yang dapat “menghidu” malapetaka tsunami di Acheh sebelum manusia dapat melihat gelombang laut datang menghempas di pantai-pantai sebelah Asia Tenggara.
Banyak lagi haiwan seperti rama-rama, kelalawar, ketam, ikan lumba-lumba, burung helang dan burung yang lain, anjing dan sebagainya yang mempunyai kehebatan mental mereka yang berbeza dengan manusia. Bagaimanapun, terdapat sebahagian manusia yang berjaya mengaktifkan kekuatan mental tersebut di dalam otak manusia kerana memang manusia juga mempunyai kemampuan yang hebat tetapi tidak dipelopori dan dipelajar oleh manusia sendiri. Maka , kekuatan itu terabai atau “dormant” di dalam diri manusia itu sendiri. Siapa yang rugi….?
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Tuesday, 8 of April , 2008 at 5:26 pm
Untuk mempunyai “aura” kekayaan atau getaran yang menarik kekayaan, individu mestilah bersedia dari pelbagai sudut. Ramai orang tidak sedar yang mencapai kekayaan dan kemakmuran bermula dari dalam diri mereka. Seperti di dalam bidang pendidikan , perniagaan, kesihatan..aspek kekayaan perlu persediaan dari individu tersebut. Persediaan adalah meliputi kemahiran fizikal dan juga kemahiran dalaman (mental, emosi dan spiritual) sangat penting.
“Kemahiran Dalaman” (Inner or Inside) yang saya maksudkan adalah persediaan dari segi mentaliti dan kekuatan mindanya, kekuatan emosi dan kecerdasannya, dan sudah tentu kerohanian dan keyakinannya pada Tuhan yang mencipta “mahkluk” kekayaan itu sendiri.
Dan aspek kemahiran dalaman ini juga yang selalunya tidak dimiliki oleh ramai orang yang sedang berjuang untuk mendapatkan kekayaan. Mentaliti mereka masih diikat dengan kemiskinan dan kesusahan, minda mereka masih tersimpan “virus-virus” kegagalan mereka yang lalu atau kepercayaan-kepercayaan yang salah tentang kekayaan kesan persekitaran dan pembesaran mereka. Emosi mereka masih penuh ketakutan dan kerisauan apabila bercakap tentang kekayaan. Gundah gulana memikirkan bagaimana menghadapi masa hadapan. Takut dengan kesombongan, cemburu dengan kekayaan orang lain, marah dengan kesusahan yang sedang di hadapi dan sebagainya.
Dari segi kerohanian pula, tidak pernah redha, pasrah dan yakin dengan KUASA PENCIPTA Alam SEMESTA ini. Walau kadang kala mereka kata mereka terima takdir yang menimpa mereka tetapi tanpa mereka sedari mereka menyalahkan takdir tersebut. Tersimpan emosi emosi enegati itu di dalam tubuh mereka (energy blockage) hingga menjadi penghalang kepada kejayaan mereka dalam aspek kekayaan pada masa hadapan.
Kerana itu, orang yang BENAR telah KAYA adalah mereka yang nampak kekayaan di muka mereka. Ketenangan dan aura yang dipancarkan dapat kita rasai kerana aspek ESQnya telah diisi dengan energi kekayaan. Bagi yang nampak secara fizikalnya kaya tetapi muka penuh dengan kerisauan dan kesusahan serta pelbagai kata-kata negatif tentang kehidupan, Percayalah anda yang mereka belum benar-benar KAYA.
KEKAYAAN adalah bila kesemua elemen diri manusia telah dipenuhi. Jika ada yang masih gagal, mereka masih berjuang mencari kekayaan. Untuk anda yang sedang atau bercita-cita mecapai kekayaan melalui perniagaan atau kerjaya anda, mulakan dengan membuat persedian dari segi MENTAL, EMOSI dan SPIRITUAL.
Kelak anda menjadi magnet yang menarik kekayaan dalam kehidupan!!!
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Monday, 31 of March , 2008 at 10:57 pm
Anda perlu BERANI untuk berjaya.
Anda perlu TABAH untuk sukses.
Anda perlu YAKIN pada diri untuk mencapai kejayaan.
Anda perlu TENANG setiap kali berhadapan dengan masalah…dan pelbagai lagi kata abstrak yang diberikan oleh penulis mahupun “speaker” suatu ceramah yang pernah saya hadiri.
Kadang saya terfikir bagaimanakah kita boleh menjadi BERANI, TABAH,YAKIN dan sebagainya. Memang benar, itu adalah prinsip2 kejayaan atau ciri2 kejayaan yang perlu ada oleh seseorang untuk berjaya. PERSOALANNYA adalah bagaimana anda boleh menjadi BERANI?
Teringat saya dahulu semasa saya baru menjadi pengurus syarikat saya. Saya tahu, saya perlu TENANG dan BERANI untuk melontarkan pandangan saya atau idea kepada BOSS2 saya. TETAPI setiap kali tiba giliran saya untuk membuat “presentation” setiap kali itu juga dada dan jantung saya berdebar dengan kuat hingga peluh mula keluar di dahi serta mimik muka saya yang yang agak tegang. Saya cuba bertenang tetapi masih sukar mengawal emosi saya.Pada hal saya sudah membaca pelbagai buku tentang “public speaking” dan cara berucap di khalayak ramai?
Mungkin ini juga berlaku pada diri anda. Anda disuruh menjadi BERANI untuk berjaya. Anda disuruh YAKIN untuk sukses. Tetapi apa cara yang membolehkan anda menjadi BERANI, TABAH, BERSEMANGAT, YAKIN PADA DIRI, TENANG, FOKUS DAN SEBAGAINYA.
“mulakan di MINDA anda!!!”
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Saturday, 22 of March , 2008 at 11:55 pm
Semenjak konsep ESQ atau pendekatan kecerdasan emosi dan spiritual diperkenalkan, tiga kecerdasan yang sangat kerap dibicarakan kepada masyarakat umum adalah IQ, EQ dan SQ. Dan secara peribadinya , pendekatan ini memang baik kerana ia menyentuh dengan lebih menyeluruh elemen-elemen penting yang ada pada diri manusia itu sendiri.
Tetapi saya perhatikan baik di dalam buku-buku yang mengambil pendekatan ESQ ini mahupun bengkel-bengkel yang dianjurkan seperti terdapat satu kehilangan pendekatan yang sangat penting atau satu pekara inti yang dilupakan di dalam pendekatan tersebut. Yang jika dihubungkaitkan atau dijadikan “jambatan” di dalam ESQ tersebut akan memberi impak besar dalam membentuk satu perubahan kepada setiap individu yang menggunakan pendekatan itu.
Sebagai pengamal sains minda, saya melihat kehilangan pendekatan Kuasa Minda atau Kekuatan mental di dalam pendekatan ESQ tersebut. Untuk yang masih keliru, antara IQ dan Kekuatan Minda adalah berkaitan tetapi tidak sama.
IQ adalah satu ukuran kepada masyarakat dalam menilai kecerdasan atau kepintaran seseorang individu. Kemampuan akademik, kemahiran menganalisas/matematik, pemprosesan logik, kata-kata dan sebagainya adalah kecerdasan inteletual. Kemahiran ini memang telah diajar semenjak kita mengenal alam persekolahan iaitu pembelajaran akademik. Ini adalah kecerdasan intelek yang memang telah dibangunkan selepas manusia mula mengenal dan memahami kepentingan intelek manusia itu sendiri.
Tetapi Kekuatan minda dan selainnya adalah lebih dari itu. Minda manusia mempunyai kekuatan yang sangat besar dan ramai dari kita gagal dan tidak menggunakan kekuatan itu dengan betul kerana tidak belajar menggunakan kekuatan atau KEBOLEHAN yang ada pada minda manusia tersebut. IQ diajar disekolah tetapi kekuatan dan kebolehan minda selebihnya tidak akan anda temuinya di dalam alam akademik. Kajian para neuro mendapati manusia HANYA MENGGUNAKAN sekitar 5% ke 10 % sahaja kekuatan minda mereka. Dan kebanyakan kecerdasan intelek manusia menggunaka kekuatan sekitar peratusan tersebut. Maka, selebihnya adalah potensi manusia yang dilupakan dan diabai tanpa kelak difahami dan dipelajari untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Cuba anda bayangkan 90% atau lebih kekuatan minda gagal dijana dengan betul kerana kita tidak mahu meneroka kekuatan minda dari sudut sains minda itu sendiri.
Saya tidak cakap anda perlu menggunakan 100% kemampuan minda itu, tetapi anda perlu belajar mengoptimakan kemampuan yang anda miliki tersebut. Tiger Wood bukan sekadar cerdas inteleknya (IQ) tetapi HEBAT Kuasa Mindanya. Begitu juga 500 jutawan yang ditemubual oleh Napolean Hil dalam buku “think and Grow Rich”, mereka bukan sekadar cerdas intelek tetapi juga kuat Minda Separa Sedarnya.
MARI BELAJAR MENGOPTIMAKAN KEKUATAN MINDA ANDA DI WORKSHOP :-

Category: Bicara coach Amar
Writing by coachamar on Wednesday, 20 of February , 2008 at 10:12 am
Manusia adalah sehebat-hebat penciptaan. Padanya dianugerahkan jasad,minda,emosi & roh yang menjana kehidupan dan peraturannya. BIO-ENERGI secara umumnya adalah menyentuh tentang sistem tenaga hayat manusia.Secara istilah: bio itu adalah hayat dan energi itu tenaga. Sistem tenaga hayat ini merupakan asas sistem kehidupan di mana ia merupakan arus getaran elektrik yang mengendalikan sistem tubuh,minda dan emosi manusia.Getaran yang sihat pastinya dapat menjamin aktiviti yang sempurna pada organ-organ dalaman badan yang seterusnya dapat menjalankan tugasnya secara sempurna dan teratur.
Begitulah juga untuk sistem minda dan emosi manusia.
Manusia menggunakan energi ini untuk pelbagai aspek kehidupan. Salah satu yang utama adalah dalam soal mencari REZEKI sama ada dalam bentuk pekerjaan atau perniagaan. Setiap manusai mempunyai IMPIAN dan HARAPAN untuk memiliki hidup yang lebih baik dan sempurna. Kekayaan dan kesenangan merupakan matlamat kerana dari prospek kehidupan akan menjamin dan selamat. Penjanaan energi kekayaan bermula dari CARA prengurusan minda. Mindset yang positif dan betul akan melancarkan usaha dan ikhtiar manusia ke arah kekayaan.
Dr Mir Hazil
MINDSET KAYA
Tahukah anda apa yang sedang anda tarik dalam kehidupan anda setiap hari? Dan adakah anda sedang menghadapi masalah dan kesempitan dalam kewangan anda? Jika anda telah membaca buku bestseller “The Secret”, pasti anda tahu yang sebenarnya anda telah dan sedang mengunakan satu hukum tarikan dalam kehidupan anda setiap hari.
Dalam kehidupan kita, apa yang anda inginkan sebenarnya bermula dari pemikiran anda . Ini adalah rahsia besar yang tidak disedari oleh ramai individu. Semua orang mencari kekayaan, kegembiraan, kesihatan yang baik dan kemakmuran. TETAPI di dalam senyap mereka sebenarnya sedang menolak apa yang mereka inginkan dan MENARIK apa yang mereka tidak inginkan dalam kehidupan. MENGAPA BOLEH TERJADI DEMIKIAN???
Amar Mahmood
PS: Ini adalah petikan yang saya ambil dari Majalah POPULAR MISTERI bulan Februari ruangan BICARA MEDIK & MISTERI oleh Dr Mir Hazil. Ingin membaca lebih lanjut artikel di atas, anda boleh membacanya di makalah tersebut.
Category: Bicara coach Amar