Ramadhan ESQ

Writing by coachhazil on Tuesday, 2 of September , 2008 at 8:27 am

Assalamua’laikum..

SALAM RAMADHAN…

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, renungkan sejenak MAKNA Ramadhan buat diri kita. Tafsiran kata Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, manakala kata Ramadhan membawa maksud literal sebagai membakar segala dosa-dosa. Dalam erti kata lainnya bererti MEMBERSIHKAN DIRI dari segala kekotoran dosa (energi negatif).

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya aliran sistem energi tubuh.”

Dosa adalah pengistilahan dalam ilmu spiritual untuk merujuk kepada ENERGI NEGATIF atau tenaga yang merosakkan dan memudaratkan. Makna yang tersirat amat besar meliputi segenap aspek kehidupan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Dosa merupakan KOTORAN dalam sistem Bio-energi tubuh yang akan menghasilkan HAMBATAN ENERGI (energy blockage). Jika terbiar tidak dibersihkan atau dicuci, akan merebak umpama virus seterusnya membentuk sebuah kekuatan negatif yang akan menjadi MAGNET yang menarik lebih banyak kekotoran kepadanya. Ia juga akan menghalang ALIRAN ENERGI POSITIF yang secara fitrahnya diperlukan untuk menjaga keharmonian dan kesihatan tubuh fizikal & psikologikal (emosi, minda & roh). Walaupun erti DOSA tidak terikat penjelasannya sebagai energi negatif, namun dalam sudut psikologi energi; ia merupakan sebahagian dari kompenan untuk menguraikan maksud energi negatif ini dari sudut keagamaan. Oleh kerana AGAMA merupakan aspek penting dalam pengolahan dan pembentukkan set kerohanian insan, maka definasi dosa sebagai energi yang negatif kepada sistem bio-energi manusia haruslah dilihat kepentingannya demi mencari penawar terhadapnya.

Jika dosa itu adalah tompokan atau palitan energi yang negatif pada sistem bio-energi insan, maka amalan ibadah dilihat umpama penawarnya. Ibadah dapat menyuci kotoran dosa, mengekangnya dari terhambat (tersumbat), menghalangnya dari berjangkit & merebak MALAH ia melindungi sistem bio-energi ini. Penjanaan ibadah yang berterusan akan mematikan virus dosa (menyuci dosa-dosa kecil hingga menghalang dosa-dosa besar) seterusnya mengekalkan keharmonian aliran tenaga CAHAYA (NUR @ ROH) tubuh. Tanpa sedar, insan akan memperolehi pencerahan jiwa & raga dan memahami MAKNA kehidupan (kecerdasan EMOSI & SPIRITUAL) pada tahap yang tinggi.

Tidak hairanlah ibadah diwarnai dengan pelbagai ritual yang bersimbolikkan penyucian jasmaniah & rohaniah. Baik amalan mandi (wajib / sunat), berwuduk, ritual solat, berzikir, bertasbih, bertahmid, membaca al-Quran, BERPUASA, berzakat, menunaikan haji, ibadah umrah, bersedekah, tolong-menolong, memberi senyuman, berkata benar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi untuk diri hinggalah ke amalan berkeluarga, bermasyarakat dan sebagainya.

RAMADHAN umpama KEMPEN BULAN PENYUCIAN yang dianugerahkan KHAS kepada umat Islam oleh yang maha PENCIPTA. Yang maha ARIF tahu bahawa insan sukar mengengkangkan dirinya dari palitan DOSA & NODA.. maka kerana itulah Islam menyariatkan BULAN PENYUCIAN @ RAMADHAN untuk umatnya mengambil kesempatan untuk membersihkan sistem bio-energinya demi keharmonian hidup & kesihatannya sepanjang tahun. DEMI MEMOTIVASIKAN insan agar memeriahkan KEMPEN BULAN PENYUCIAN ini, Allah MENAWARKAN pelbagai HADIAH-HADIAH YANG DIJANJIKAN berbentuk ganjaran PAHALA. AKTIVITI ibadah diunjurkan dan TENTATIF sepanjang Ramadhan diajar kepada semua umat Islam agar menjayakan KEMPEN ini demi untuk dirinya sendiri. Amalan bersahur, berpuasa, berbuka, melipat gandakan zikir & solat sunat, bertadarus, bertarawih, bermunajat dan segalanya diunjurkan untuk KITA BERLUMBA-LUMBA menjayakannya. Segalanya ini demi untuk MENYUCIKAN JIWA & RAGA insan itu sendiri dan bukan semata mahukan ganjaran yang dijanjikan.

Sia-sialah Ramadhan andai KECERDASAN (Q) kita masih berada pada tahap yang lama. Bukankah hidup ini adalah mencapai MAKNA.. untuk mencapainya kita harus PEKA dan BERUSAHA untuk mencari, mengupas, menilai, mengurai dan menghayati MAKSUD & TUJUAN segala sesuatu. MUTU IBADAH juga bergantung kepada PEMAHAMAN & PENGHAYATAN MAKNANYA. Maka, jadikanlah R’ESQ @ Ramadhan ESQ ini sebagai pentas untuk mencari, menilai dan menghayati anugerah bulan al-mubarak ini buat kita. Maha suci ALLAH yang telah menghadiahkan Ramadhan untuk umat Muhammad dengan sebesar-besar rahmat & kegemilangan yang dijanjikan DEMI menjaga ‘UMAT RASUL KESAYANGANNYA’ ini agar suci dari dosa & noda (energi negatif).

Buat semua alumni RESQ HU & RESQ 56, ambillah kesempatan ini untuk melakukan ritual pembersihan melalui teknik RESQ HU & RESQ 56 dengan mempertingkatkan KUASA PASRAH, REDHA & IKHLAS. Lakukan sebanyak mungkin teknik ini dikala lapang atau dikala punya kesempatan. Kesempatan untuk menyuci dosa-dosa ini akan lebih lengkap andai kita seiringkannya dengan amalan RESQ untuk memecahkan hambatan energi yang menjadi halangan kepada pengaliran HIDAYAH, SYAFAAT, QUDRAH, barakah, NIKMAH, REZEKI, NUR dan segalanya di sepanjang sistem bio-energi kita. Mudah-mudahan kelak, aliran ENERGI POSITIF ITU menjadi DERAS & LAJU membentuk kesempurnaan diri insan secara JASMANIAH & ROHANIAHnya.

Wallahualam

Coach Hazil @ Master G

Category: Bicara coach Hazil

1 Comment

No comments yet.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.