Buku Aura Penyembuhan REIKI

Writing by coachhazil on Tuesday, 17 of June , 2008 at 2:15 pm

Salam Aura Kedamaian…

Lama tak ke pentas RESQ56.. energinya agak menurun kebelakangan ini. Mungkin kerana TEKANAN HARGA BARANG dan MINYAK yang NAIK!!.

Penawar ALAM bakal TIBA di Pasaran Terbuka tak lama lagi.. Kehadiran buku PERTAMA saya ini kelak akan menjadi RESEPI PENAWAR PERTAMA dari saya untuk kesejahteraan alam. Walaupun bukan yang terbaik untuk semua orang dan semua hal.. namun ia adalah penawar komplementari atau alternatif untuk difikir, direnung dan diaplikasikan kelak. ILMUnya luas… mungkin darinya, tercetus pengalaman BERKENALAN dengan apa itu REIKI.

Pentas ini pentas RESQ56… sementara buku RESQ56 dalam pembikinan (alamak… terlebih sudah!! - bocor rahsia saya dan coach Amar).. Buku AURA PENYEMBUHAN REIKI ini umpama abang long sementara wadah menunggu BUKU RESQ56 yang akan MENGGEGARKAN TANAHAIR kelak. Saya tidak mahu membicara panjang tentang isi BUKU REIKI saya ini… bacalah sendiri nanti dan nilailah ia. Jika ia bagus, tak perlu beritahu saya kerana saya sudah tahu kebenarannya… (hahaha… riak sikit).. KHABARKAN KEBAIKKANNYA KEPADA ORANG LAIN agar TENAGA KEBAGUSAN ITU TERUS MARAK MENYALA. Namun, jika ia tak bagus, baru beritahu saya.. mungkin kelak kita boleh bersenergi bagaimana nak membaguskannya lagi. Harus diingat, ini catatan awal & ringkas sahaja… bukanlah segala tentang REIKI. Mustahil nak cerita semua dalam buku setebal 200 muka. Kalau nak tahu semua… DATANG JUMPA SAYA dan BELAJAR A - Z akannya.

Sekian, kalam akhir.. jangan lupa BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI ini yang akan berada dipasaran pada 28hb JUN, 2008 kelak. Sokonglah ‘Produk’ buatan MALAYSIA!!!

Coach Hazil Azran

Category: Bicara coach Hazil

5 Comments

Comment by Coach Amar

Made Tuesday, 17 of June , 2008 at 7:20 pm

Salam kembali buat Master Hazil…

Tahniah dan tumpang gumbira dengan kedatangan AURA PENYEMBUHAN REIKI itu di pasaran terbuka seminggu dua lagi ini. Penat juga asyik baca buku REIKI dari perskeptif BARAT dan juga orang yang luar dari BUDAYA MALAYSIA. Mana mereka faham apa yang kita percaya dan kita pegang dalam kehidupan kita.

Maka , tak sabar nak mentelaah buku tersebut. Insha Allah, ia akan menerangkan mana yang gelap dan menjad penyuluh buat yang tak nampak jalan tentang terapi energi.

Tentang buku RESQ..memang tengah berasap minda menyusun ayat-ayat dan perkataan. Insha Allah..muga banyak yang boleh dikongsikan.

Pentas RESQ ini memang saya dah cuba log in, dengarnya baru hari ini sudah PULIH kembali. Insha Allah, saya akan makmurkan pentas ini nanti.

Salam Aura Kemakmuran buat semua.

Comment by Master G

Made Thursday, 19 of June , 2008 at 12:34 pm

Hm.. saya lagi tak sabar. Penuh debarannya… bukan hanya kerana ia ‘anak pertama’ dari saya… tapi juga sebab IA BUKU REIKI PERTAMA dalam BAHASA MELAYU buatan Malaysia. Ia juga pertama dalam kategorinya… BUKU AURA!! Ia juga pertama ditulis oleh PENGAMAL yang berdaftar di persatuan yang bernaung bawah KKM. Ia juga BUKU PTS PERTAMA yang akan banyak gambar colour (saya dimaklumkan begitu). Ia juga BUKU PERTAMA yang BERJAYA DAPATKAN Kata Pengantar dari BAH. PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI, KKM. Ia juga buku PERTAMA yang akan memaparkan GAMBAR PENULIS nya dalam AKSI YANG 18PL. ia juga buku PERTAMA yang BERKISAR ILMU AURA secara ILMIAH. Bukan lagi AURA FANTASIA, AURA MAWI, AURA NAIK SERI, AURA NAK HARMONI, AURA GABAN, CHARADE AURA dan sewaktu dengannya. Sudah tiba masanya untuk DIDIK MASYARAKAT dengan ilmu AURA secara FIZIK bukan BERORENTASIKAN MAKSUD yang nak suruh minda masyarakat SYOK SENDIRI.

Debaran makin KEMUNCAK bila saya dimaklumkan bahawa….
BUKU KEDUA saya juga akan menyusul awal julai nanti… REKOD BARU TERCIPTA!!! PERTAMA KALINYA PTS akan mengeluarkan 2 buku dari penulis yang sama secara berturut2 dalam masa yang dekat…
Tajuk buku : PERSONALITI WARNA

semak laman web pts di http://www.pts.com.my dan klik “AKAN TERBIT”

Saya PASRAH… SAYA IKHLAS… dan SAYA RESDHA!!

Buat SEMUA ex-KAMK dan ex-RESQ HU (LANGKAWI)… Inilah antara testimonial saya sendiri HASIL APLIKASI teknik RESQ56 & RESQ HU. Saya JUJUR!!! Saya explorasinya sejak 2006.. antara impian saya.. menulis buku, masa tu saya buat nota saiz buku 7KEAJAIBAN AURA (ada sapa2 ingat???). Pas tu 2007 pihak PTS datang minta saya menulis untuk PTS dan meminta saya contoh penulisan untuk penilaian… Naskah penulisan saya (Manual REIKI) dinilai oleh AHLI AGAMA & AKADEMIK… seterusnya proses penulisan bermula. Dan KEMUNCAKNYA akan tiba…. nantikan 28hb JUN, 2008.

Coach Hazil

Comment by eilanur

Made Thursday, 19 of June , 2008 at 2:21 pm

tersenyum lebarr saya bila baca post ni..
Hebat !

Tak sabar saya menantikan kelahiran Anak Master ni..akan saya siapkan “lampin, baju, susu, makanan ” untuk kedua-duanya.

:)

Buku PERTAMA dalam semuanya..

PERTAMA MENGGEGAR MALAYSIA !

Go Master ! Go Master !

Comment by MAS

Made Tuesday, 22 of July , 2008 at 8:45 am

Dah ada kat pasaran ker?

Comment by Master G

Made Wednesday, 23 of July , 2008 at 5:13 pm

Salam buat MAS..

InsyaAllah, mulai minggu ni.. buku AURA PENYEMBUHAN REIKI akan ada di kedai-kedai buku utama di bandar2 utama. Kelak akan berada di seluruh rankaian kedai buku di malaysia terutama MPH dan Popular. Jika tak ada juga, boleh hubungi Cik Azza di IQBC 03-58804349 untuk mail order.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.