Potensi Minda Manusia
Writing by coachamar on Saturday, 9 of August , 2008 at 7:23 pm
Otak mempunyai pelbagai kerja dan fungsi yang telah diciptakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia. Ia adalah salah satu ciptaan dari “teknologi” yang dimiliki oleh Allah SWT yang SUKAR difahami dan dikuasai oleh manusia sendiri. Sebenarnya, banyak lagi ciptaan Allah swt yang masih belum mampu diterokai atau dijumpai (dibenarkan) oleh Allah untuk dikuasai oleh manusia. Contohnya adalah ilmu tentang “roh”, hati (Qalbu), “nyawa’, kejadian benih manusia dan banyak lagi yang masih dikaji dan diselidiki oleh para saintis terutamanya dari Barat.
Bagaimanapun, keinginan dan ketekunan manusia menyebabkan sedikit demi sedikit teknologi ini dibuka kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencari dan mempelajari kejadian-kejadian yang HEBAT yang telah Allah kurniakan kepada manusia.
Jika teknologi “remote control” dibawa pada zaman dahulu kala, nescaya manusia zaman itu telah menuduh kita sebagai seorang ahli sihir. Begitu juga dengan handphone, computer, TV, radio dan sebagainya. Maksudnya, bukanlah ilmu ini salah tetapi pada masa itu, teknologi milik Allah ini belum dibuka dan dihijabkan untuk manusia. Tetapi, terdapat sesetengah para nabi dan rasul yang telah diberikan mukjizat untuk mendapat kelebihan-kelebihan ini untuk membuktikan yang Allah itu Maha Menguasai segala ilmu dan teknologi yang ada di alam semesta ini.
Salah satu hasil Otak adalah fikiran ataupun minda. Manusia boleh mati, tetapi fikiran-fikirannya tetap hidup. mengapa begitu??? Kerana fikiran disebar-sebarkan, dikembangkan, dibincangkan dan diperbahaskan. Menurut Al-Kindi (796-873 M), daya tertinggi adalah daya berfikir.
Begitu juga dengan Kekuatan Minda. Terdapat pertikaian tentang subjek yang diperkatakan ini. Dari dahulu, terdapat sesetengah khalayak yang suka membuat “terjahan” dan kesimpulan tanpa melihat dan memahami teknologi hebat ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. Untuk mengetahui sesuatu pekara itu betul atau salah, kita perlu memahami dan mengetahui ilmu tersebut. Bukan hanya membaca dan membuat takrifan berdasarkan kefahaman kita yang bukan dari bidang tersebut. Sikap suka membuat “label” banyak membuatkan bangsa dan agama kita terus tertinggal dan diperkecilkan oleh orang luar.
Apabila kita memperkatakan tentang KUASA MINDA, kita sebenarnya sedang memperkatakan tentang kuasa atau kekuatan yang dihasilkan oleh minda manusia untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Kuasa itu adalah dalam bentuk tenaga atau daya yang bersifat fizik dan metafizik. Kerana itu dari dahulu, kuasa minda kerap diceritakan dengan cerita-cerita kekebalan, kekutan fizikal, kuasa memanisfestasikan sesuatu impian, ilmu fokus dan sebagainya. Maka, KUASA yang ada pada minda adalah kuasa yang bersifat energi,frekuansi, getaran ataupun gelombang yang dihasilkan dari otak manusia. Ilmu kuasa minda ini memang banyak dibawa dan dikembangkan oleh ramai pengamal kuasa minda di Malaysia sebelum ini.
Manakala, satu lagi fungsi dan kemampuan otak yang kurang dikembangkan di Malaysia adalah otak sebagai satu pusat pengumpulan sistem kepercayaan kepada kehidupan manusia. Sistem kepaercayaan adalah satu kumpulan atau “Bank” memori kepada kesemua kepercayaan-kepercayaan tentang segala aspek kehidupan atau apa yang telah seseorang indivdu itu lalui atau pengalaman-pengalaman kehiduan yang telah individu itu terima sebagai realiti dalam kehidupannya.
Sistem kepercayaan inilah yang dikatakan sebagai mentaliti atau rangka pemikiran (Kerangka Minda) pada seseorang individu. Dan kepercayaan inilah yang dikatakan IMAN kita tentang kehidupan. Kerangka minda atau Mentaliti ini mempunyai PERANAN yang SANGAT BESAR terhadap cara manusia itu bertindak dan berintreaksi di dalam sesuatu isu atau situasi yang individu itu hadapai. Dan dari mentaliti atau set pemikiran inilah, sikap atau tabiat atau tingkah laku manusia terbentuk.
Sebenarnya, otak mempunyai pelbagai lagi fungsi besar dalam diri dan kehidupan manusia. Dua fungsi yang saya sebuatkan tadi hanyalah sebahagian dari kerja dan kekuatan yang dihasilkan dari otak. Kecerdasan intelek (mengira, membaca, menulis, menganalisa, menghafal dan lain-lain lagi) , pusat arahan organ dan anggota badan manusia, kecerdasan dan kekuatan spiritual , menjana emosi, kemampuan psikik dan sebagainya yang tidak mampu saya uraikan kesemuanya di artikel ini.
Apa yang saya mahu tekankan, kebanyakkan kita tidak mahu belajar dan memahami kepentingan yang ada pada diri kita sendiri. Lebih malang jika ada kelompok yang menolak kemampuan dan kehebatan yang mampu dihasilkan jika kita memahami dan menguasai cara kerja otak dan minda kita sendiri. Contoh yang kita boleh lihat adalah bagaimana dahulu, manusia hanya tahu memprogram dan memasukkan semula mentaliti atau kepercayaan baru di dalam minda manusia. Dan manusia memang tidak mempunyai “teknologi” bagaimana untuk me “reset” atau memprogram pemikiran manusia sendiri. Tetapi, kerana Maha Suci dan Maha Penyayang Allah itu, dibukakan ilmu dan maklumat tentang teknologi minda ini pada mansia yang ingin berubah dan ingin belajar. Maka, manusia mula tahu teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang betul untuk membuat program baru dalam minda manusia atau memprogramkan semula kepercayaan-kepercayaan baru dalam pemikiran manusia. Justeru, teknologi ini telah digunakan oleh Yahudi dan agen-agen kafir sperti CIA, FBI, KGB dan sebaginya untuk mem “brainwash” dan membasuh semula pemikiran-pemikiran penganut Islam dengan kaedah-kaedah yang betul dan cepat- melalui agen mereka seluruh dunia dengan tujuan untuk melemahkan kekuatan pegangan Umat Islam. Kerana itu , jika kita tidak belajar dan menguasi ilmu ini, maka bagaimana kita boleh mengelak atau mengatasi ancaman dari mereka?
Walaupun kita hanya banyak menyentuh dan menerangkan tentang kekuatan minda dari segi KUASA yang ada pada minda itu,. Tetapi masih banyak lagi fungsi dan kemampuan otak yang masih belum terungkai dan dikembangkan untuk manfaaat dan kebaikan kehidupan manusia secara umun dan kepada kemajuan umat Islam secara khusus. Kerana itu saya ingin mengatakan betapa ilmu ini sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai supaya potensi dan kekuatan insan dapat terjana dan dibangunkan untuk kepentingan bangsa dan agama.
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
- Add this post to
- Del.icio.us -
- Meneame -
- Digg
No comments yet.