Merenung ke bulan..

Writing by coachamar on Friday, 30 of May , 2008 at 7:46 pm

Selepas balik dari Langkawi, agak sukar sedikit idea menulis untuk muncul. Alhamdulillah beberapa hari ini, selepas banyak membaca buku-buku yang bersusun di rak buku di rumah saya ; idea mula muncul dan mengalir seperti biasa.

Dan kerana tak sampai hati melihat blog ini lambat bergerak, maka walau sedikit pun saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya rasa sekembali dari R&R di Langkawi.

Inilah penangannya bila terlalu kerap merenung BULAN PENUH semasa di sana. Sepanjang dua malam di atas roof hotel Landcons, sangat kerap bulan yang cantik dan mengembang penuh saya renung dan “tap” energinya di sana. Malahan , jika sesiapa yang tidak tidur semasa pulang di dalam bas (bagi yang duduk sebelah kiri bas) PASTI akan perasan BULAN mengembang penuh yang mengekori perjalanan bas tersebut selepas kita berhenti rehat di R&R highway di sana.

Jadi, sekali lagi saya sambil baring di dalam bas,  tap “energi” dari bulan yang sangat indah itu.

Tetapi kerana kekerapan merenung dan mengakses (tap) energi bulan itu, selepas hampir 2 minggu pulang ke rumah ini,…bayangan BULAN di langkawi itu sudah melekat di dalam kotak neuro saya. Setiap kali saya hendak melakukan simple meditation atau ingin menutup mata saya, pasti imej bulan akan terus muncul dan yang paling HEBAT, energinya terus saya RASAkan.

Bagaimana nyamannya mata kita yang melihat BULAN itu, begitu juga nyaman energi yang dichannelkan setiap kali saya melihat imej BULAN di minda saya. Makanya, rasa rindu untuk duduk di atas roof hotel Landcons muncul setip kali saya melihat imej bulan itu.

Malahan , masa saya sedang menaip ini pun terbayang-bayang imej BULAN yang mengembang dan indah di hujung sana.

AMAR MAHMOOD

Category: Bicara coach Amar

6 Comments

Comment by Master G

Made Saturday, 31 of May , 2008 at 7:32 pm

Hahaha… Penangan ResqHU, Retreat & Recharge di Langkawi..

Ingatkan seorang dua je yang terasa ‘bahana’ Retreat & Recharge Langkawi ni.. Coach Amar pun gitu rupanya. Alhamdulillah.. ada sesuatu untuk setiap dari kita.
Tak dapat dinafikan.. memang R&R kali ni berbeza dari yang sebelum-sebelumnya. Ini menjadikan saya ‘rindu’kan majlis R&R ni dan terasa mahu cepat mengulanginya lagi. Setiap satunya menghadirkan pengalaman unik buat saya.. dan Langkawi, KENANGAN TERINDAH dari sudut energinya. Benarlah kata lagenda… ia bumi mistik & misteri.

Dalam NRS bicara saya; Bulan.. umpama cermin pd SULTAN MATAHARI yang berkuasa di langit dunia. Namun BULAN dengan PERIBADINYA yang menawan, indah,lembut, halus, al-amin… membolehkan sinar DAKWAH itu terasa unik & salam sekali. Bulan umpama Nur Muhammad yang terus menyinari alam melalui sinar hikmah, hidayah, dakwah.. ISLAM membawa kerahmatan dan kesejahteraan untuk sekelian alam. Bulan.. mampu terenung dek mata yang DAHAGAKAN sinarnya… Bulan PENUH di bulan JAMADIL AWAL.. bulan yang TEGAR dengan kekuatan membawa kekentalan buat JIWA yang mencari CAHAYA pertunjukNya. Terfana’ dengan SINARANNYA menjadikan minda sang salik ini ‘jamad’ (membeku).. lidahnya kelu… jiwanya diruntun RINDU!!

Semoga memori ini kekal abadi. Andai jiwa ini gundah lagi, memori ini bakal menjadi penawarnya…

Comment by Coach Amar

Made Sunday, 1 of June , 2008 at 12:46 pm

Itulah ceritanya. Yang pasti, siapa mahu nampak cantik bak bulan purnama dan nak buat sri pemanis bulan mengambang penuh, boleh mai sini saya channelkan energi merenung ke bulan..haha.

terima kasih Master Hazil

Comment by eilanur

Made Monday, 2 of June , 2008 at 12:14 pm

nak ! nak !!

malam tu kat atap hotel saya dan kak nani pun tap energi bulan..

BULAN adalah satu ciptaan Allah yang saya CINTA sejak umur 11 tahun lagi !! Masa belajar Sains ( Bab Bulan & Bintang ), saya rasa topik PERUBAHAN BULAN yang buat saya terpesona. Saya menghafal setiap fasa perubahannya,hingga bila-bila saya tutup mata sehingga sekarang saya nampak nota bab tersebut !Saya suka memandang bulan dalam mata saya.

Saya perhati, Coach Amar dalam Bas. Merenung bulan jauh sambil ketuk-ketuk. :) Saya tersenyum dalam hati..terkenang CINTA SAYA PADA SANG REMBULAN.

Ler, coach amar pun susah dapat idea nak menulis yer ?? nampaknya dalam kita ramai-ramai, Coach Hazil lah yang JUARA. Sebab dapat menulis perjalanan Langkawi sampai 3 siri. Mendahului kami yang lain.

Alwez…Master alwez leading us.. :)

Comment by lynndaanilyn

Made Wednesday, 4 of June , 2008 at 7:48 pm

MALAM BULAN DIPAGAR BINTANG….
TOLONG HABISKAN BARIS LAGU NI…OLD TIMER JE YANG TAU.HE.HE

Comment by eilanur

Made Wednesday, 4 of June , 2008 at 11:30 pm

(L)
malan bulan dipagar bintang
makin indah jika dipandang
bagai gadis beri senyuman
pada bujang idaman
belai kasih ingin di manja
dengan cumbuan mesra
untuk penglipur lara
penawar dek asmara

“eh itu macam dengar suara orang menyanyi pakcik
itu ‘gus’ main radio
kalau dia tak main satu hari tak boleh senang
eh..dengar ni macam suara ramli tu pakcik..

ha..suaranya ada yang macam-macam
ada suara yang jasni, cupi,……..( ntah apa dia cakap )”

(P)
malam bulan dipagar bintang
tambah seri cuaca malam
murni sungguh ciptaan tuhan
bulan bintang lampu alam

(L/P)
andai kata bintang menyepi
bulan tidak berseri
malam menjadi sunyi
tidak berseri lagi

haha…

Comment by kartinie9936

Made Monday, 18 of August , 2008 at 1:41 pm

hu.hu.hu. baru je frust dgn bf, nmpaknya kena renung sang rembulan jugak untuk menghilangkan rasa yang gelisah ini.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.