Kejayaan bermula dari minda anda!

Writing by coachamar on Monday, 31 of March , 2008 at 10:57 pm

Anda perlu BERANI untuk berjaya.

Anda perlu TABAH untuk sukses.

Anda perlu YAKIN pada diri untuk mencapai kejayaan.

Anda perlu TENANG setiap kali berhadapan dengan masalah…dan pelbagai lagi kata abstrak yang diberikan oleh penulis mahupun “speaker” suatu ceramah yang pernah saya hadiri.

Kadang saya terfikir bagaimanakah kita boleh menjadi BERANI, TABAH,YAKIN dan sebagainya. Memang benar, itu adalah prinsip2 kejayaan atau ciri2 kejayaan yang perlu ada oleh seseorang untuk berjaya. PERSOALANNYA adalah bagaimana anda boleh menjadi BERANI?

Teringat saya dahulu semasa saya baru menjadi pengurus syarikat saya. Saya tahu, saya perlu TENANG dan BERANI untuk melontarkan pandangan saya atau idea kepada BOSS2 saya. TETAPI setiap kali tiba giliran saya untuk membuat “presentation” setiap kali itu juga dada dan jantung saya berdebar dengan kuat hingga peluh mula keluar di dahi serta mimik muka saya yang  yang agak tegang. Saya cuba bertenang tetapi masih sukar mengawal emosi saya.Pada hal saya sudah membaca pelbagai buku tentang “public speaking” dan cara berucap di khalayak ramai?

Mungkin ini juga berlaku  pada diri anda. Anda disuruh menjadi BERANI untuk berjaya. Anda disuruh YAKIN untuk sukses. Tetapi apa cara yang membolehkan anda menjadi BERANI, TABAH, BERSEMANGAT, YAKIN PADA DIRI, TENANG, FOKUS DAN SEBAGAINYA.

“mulakan di MINDA anda!!!”

AMAR MAHMOOD

Category: Bicara coach Amar

2 Comments

Comment by adeq

Made Friday, 11 of April , 2008 at 1:04 pm

salam,coach amar,sy nk tanya,kursus apa yg plg sesuai utk saya ambil?sbb terlalu byk kursus yg ditawarkan..sy tak tahu mna yg plg sesuai utk sy..sy seorh yg sering mngalami ggguan emosi,suka mrh2,fikiran kdgkala brserabut,malas n suka berkhayal..kdgkala sy mnimbulkan rasa kurg senang pd diri org lain dg sikap sy..ramai org yg kurang myenangi sikap sy..sy ingn ubah sikap sy,cara sy berfikir n menjadi pelajar cemerlang…sy juga mahu org lain suka berkawan dgn saya n mnyenangi sikap sy..tp sy buntu..x tau bgaimana cranya..apakah kursus/rawatn yg sesuai utk mngatasi mslh sy ni?? bantulah sy…

Comment by Coach Amar

Made Friday, 11 of April , 2008 at 3:51 pm

Salam kembali buat Adeq..

Apa yang adeq alami adalah masalah dalaman iaitu bagaimana Adeq mengurus dan menawal minda dan emosi adeq sendiri. Maka, untuk mengurus dan mengawal minda dan emosi Adeq kena mempelajari dan memahami cara dan teknik yang betul untuk berkomunikasi dan menguruskan diri dalaman adeq. Maka jawapan tersebut sememangnya ada di dalam kursus KA-Mk yang saya dan MAster HAzil tawarkan.

Malahan di dalam workshop ini, terdapat satu teknik terapi energi yang SANGAT sesuai utnuk merawat masalah-masalah yang sedang adek hadapi. Terapi iti dipanggil RESQ56 yang akan diajar oleh Foundernya sendiri iaitu MAster Hazil.

Atau jika mahu cepat Adeq terus ke 7chakra _centre kendalian Master Hazil-di shah alam yang boleh membantu dari segi rawatan dan nasihat bagi membantu diri Adeq.
Moga Adeq sentiasa dirahmati Allah. :)

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.