Kejayaan bermula dari minda anda!

Writing by coachamar on Monday, 31 of March , 2008 at 10:57 pm

Anda perlu BERANI untuk berjaya.

Anda perlu TABAH untuk sukses.

Anda perlu YAKIN pada diri untuk mencapai kejayaan.

Anda perlu TENANG setiap kali berhadapan dengan masalah…dan pelbagai lagi kata abstrak yang diberikan oleh penulis mahupun “speaker” suatu ceramah yang pernah saya hadiri.

Kadang saya terfikir bagaimanakah kita boleh menjadi BERANI, TABAH,YAKIN dan sebagainya. Memang benar, itu adalah prinsip2 kejayaan atau ciri2 kejayaan yang perlu ada oleh seseorang untuk berjaya. PERSOALANNYA adalah bagaimana anda boleh menjadi BERANI?

Teringat saya dahulu semasa saya baru menjadi pengurus syarikat saya. Saya tahu, saya perlu TENANG dan BERANI untuk melontarkan pandangan saya atau idea kepada BOSS2 saya. TETAPI setiap kali tiba giliran saya untuk membuat “presentation” setiap kali itu juga dada dan jantung saya berdebar dengan kuat hingga peluh mula keluar di dahi serta mimik muka saya yang  yang agak tegang. Saya cuba bertenang tetapi masih sukar mengawal emosi saya.Pada hal saya sudah membaca pelbagai buku tentang “public speaking” dan cara berucap di khalayak ramai?

Mungkin ini juga berlaku  pada diri anda. Anda disuruh menjadi BERANI untuk berjaya. Anda disuruh YAKIN untuk sukses. Tetapi apa cara yang membolehkan anda menjadi BERANI, TABAH, BERSEMANGAT, YAKIN PADA DIRI, TENANG, FOKUS DAN SEBAGAINYA.

“mulakan di MINDA anda!!!”

AMAR MAHMOOD

Comments (2)

Category: Bicara coach Amar

Antara Kecerdasan Intelek (IQ) dan Kekuatan Minda

Writing by coachamar on Saturday, 22 of March , 2008 at 11:55 pm

Semenjak konsep ESQ atau pendekatan kecerdasan emosi dan spiritual diperkenalkan,  tiga kecerdasan yang sangat kerap dibicarakan kepada masyarakat umum adalah IQ, EQ dan SQ. Dan secara peribadinya , pendekatan ini memang baik kerana ia menyentuh dengan lebih menyeluruh elemen-elemen penting yang ada pada diri manusia itu sendiri.

Tetapi saya perhatikan baik di dalam buku-buku yang mengambil pendekatan ESQ ini mahupun bengkel-bengkel yang dianjurkan seperti terdapat satu kehilangan pendekatan yang sangat penting atau satu pekara inti yang dilupakan di dalam pendekatan tersebut. Yang jika dihubungkaitkan atau dijadikan “jambatan” di dalam ESQ tersebut akan memberi impak besar dalam membentuk satu perubahan  kepada setiap individu yang menggunakan pendekatan itu.

Sebagai pengamal sains minda, saya melihat kehilangan pendekatan Kuasa Minda atau Kekuatan mental di dalam pendekatan ESQ tersebut. Untuk yang masih keliru, antara IQ dan Kekuatan Minda adalah berkaitan tetapi tidak sama.

IQ adalah satu ukuran kepada masyarakat dalam menilai kecerdasan atau kepintaran seseorang individu. Kemampuan akademik, kemahiran menganalisas/matematik, pemprosesan logik, kata-kata dan sebagainya adalah kecerdasan inteletual. Kemahiran ini memang telah diajar semenjak kita mengenal alam persekolahan iaitu pembelajaran akademik. Ini adalah kecerdasan intelek yang memang telah dibangunkan selepas manusia mula mengenal dan memahami kepentingan intelek manusia itu sendiri.

Tetapi Kekuatan minda dan selainnya adalah lebih dari itu. Minda manusia mempunyai kekuatan yang sangat besar dan ramai dari kita gagal dan tidak menggunakan kekuatan itu dengan betul kerana tidak belajar menggunakan kekuatan atau KEBOLEHAN yang ada pada minda manusia  tersebut. IQ diajar disekolah tetapi kekuatan dan kebolehan minda selebihnya tidak akan anda temuinya di dalam alam akademik. Kajian para neuro mendapati manusia HANYA MENGGUNAKAN sekitar 5% ke 10 % sahaja kekuatan minda mereka. Dan kebanyakan kecerdasan intelek manusia menggunaka kekuatan sekitar peratusan tersebut. Maka, selebihnya adalah potensi manusia yang dilupakan dan diabai tanpa kelak difahami dan dipelajari untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Cuba anda bayangkan 90% atau lebih kekuatan minda gagal dijana dengan betul kerana kita tidak mahu meneroka kekuatan minda dari sudut sains minda itu sendiri.

Saya tidak cakap anda perlu menggunakan 100% kemampuan minda itu, tetapi anda perlu belajar mengoptimakan kemampuan yang anda miliki tersebut. Tiger Wood bukan sekadar cerdas inteleknya (IQ) tetapi HEBAT Kuasa Mindanya. Begitu juga 500 jutawan yang ditemubual oleh Napolean Hil dalam buku “think and Grow Rich”, mereka bukan sekadar cerdas intelek tetapi juga kuat Minda Separa Sedarnya.

MARI BELAJAR MENGOPTIMAKAN KEKUATAN MINDA ANDA DI WORKSHOP :-

banner-ka-mk3.gif

Comments (3)

Category: Bicara coach Amar

Preview Percuma - Kuasa Aura Magnet Kekayaan (KA-MK)!

Writing by zahiruddin on Wednesday, 19 of March , 2008 at 1:07 pm

“Pre-View”  Seminar Kuasa Aura Magnet Kekayaan (KAMK) yang akan di adakan pada hari Rabu ini bersamaan  19 Haribulan Mac 2008 pada jam 8:30 malam di IQBC Centre Shah Alam. Semua di jemput hadir beramai-ramai untuk memakmurkan preview tersebut.

preview-aura.GIF

Maklumat Lengkap Preview ”KAMK” .

  • Tarikh : Hari Rabu 19hb Mac 2008
  • Tempat : IQBC Centre Shah Alam - 24B Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K Seksyen 9, 40000 Shah Alam . (Di belakang Concorde Hotel Shah Alam dan di sebelah Briyani King)
  • Waktu Preview : 8:30 malam hingga 10:00 malam . ( Sila datang awal untuk dapat tempat duduk)
  • Percuma Kupon Aura Photo bernilai RM50 - di mana anda boleh ambil foto Aura anda dengan kamera Aura Video Station yang terkini (lebih maju dari Kamera Kirlian) secara percuma dan saksikan warna Aura anda yang sebenar.

    1as6×300.jpg

  • Diskaun : Anda boleh menikmati diskaun untuk produk dan barangan 7Chakra dari 20% hingga ke 30%. Ini adalah diskaun istimewa kepada yang hadir ke Preview KAMK yang pertama ini.

    7chakrangex460.jpg
    hurangex460.jpg

Tempat adalah terhad sila hubungi 017-333 2349 atau 03-58804349 untuk menepah tempat anda sekarang. Sebutkan PREVIEW KAMK dan pegawai kami akan mengesahkan penyertaan anda. Anda juga boleh layari laman web kami di http://www.7chakra.com

Yang Berusaha,
Zahiruddin

Leave a comment

Category: KA-MK INFO

KA-MK Siri 3 : 29&30 Mac 2008

Writing by coachhazil on Thursday, 13 of March , 2008 at 4:20 pm

kamk-mac2008-copy.jpg

Leave a comment

Category: KA-MK INFO

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.