Penjana Aura Kekayaan

Writing by coachamar on Wednesday, 20 of February , 2008 at 10:12 am

Manusia adalah sehebat-hebat penciptaan. Padanya dianugerahkan jasad,minda,emosi & roh yang menjana kehidupan dan peraturannya. BIO-ENERGI secara umumnya adalah menyentuh tentang sistem tenaga hayat manusia.Secara istilah: bio itu adalah hayat dan energi itu tenaga. Sistem tenaga hayat ini  merupakan asas sistem kehidupan di mana ia merupakan arus getaran elektrik yang mengendalikan sistem tubuh,minda dan emosi manusia.Getaran yang sihat pastinya dapat menjamin aktiviti yang sempurna pada organ-organ dalaman badan yang seterusnya dapat menjalankan tugasnya secara sempurna dan teratur.

 Begitulah juga untuk sistem minda dan emosi manusia.

Manusia menggunakan energi ini untuk pelbagai aspek kehidupan. Salah satu yang utama adalah dalam soal mencari REZEKI sama ada dalam bentuk pekerjaan atau perniagaan. Setiap manusai mempunyai IMPIAN dan HARAPAN untuk memiliki hidup yang lebih baik dan sempurna. Kekayaan dan kesenangan merupakan matlamat kerana dari prospek kehidupan akan menjamin dan selamat. Penjanaan energi kekayaan bermula dari CARA prengurusan minda. Mindset yang positif dan betul akan melancarkan usaha dan ikhtiar manusia ke arah kekayaan.

Dr Mir Hazil

MINDSET KAYA

Tahukah anda apa yang sedang anda tarik dalam kehidupan anda setiap hari? Dan adakah anda sedang menghadapi masalah dan kesempitan dalam kewangan anda? Jika anda telah membaca buku bestseller “The Secret”, pasti anda tahu yang sebenarnya anda telah dan sedang mengunakan satu hukum tarikan dalam kehidupan anda setiap hari.

Dalam kehidupan kita, apa yang anda inginkan sebenarnya bermula dari pemikiran anda . Ini adalah rahsia besar yang tidak disedari oleh ramai individu. Semua orang mencari kekayaan, kegembiraan, kesihatan yang baik dan kemakmuranTETAPI di dalam senyap mereka sebenarnya sedang menolak apa yang mereka inginkan dan MENARIK apa yang mereka tidak inginkan dalam kehidupan. MENGAPA BOLEH TERJADI DEMIKIAN???

Amar Mahmood

PS: Ini adalah petikan yang saya ambil dari Majalah POPULAR MISTERI bulan Februari ruangan BICARA MEDIK & MISTERI oleh Dr Mir Hazil. Ingin membaca lebih lanjut artikel di atas, anda boleh membacanya di makalah tersebut.

Leave a comment

Category: Bicara coach Amar

KUASA PASRAH - Part2

Writing by coachhazil on Thursday, 14 of February , 2008 at 12:56 am

Ini sambungan artikel KUASA PASRAH kat bawah tu. Baca dulu bahagian satu dibawah… skrol turun ke artikel tersebut. Dah tu, baru skrol naik baca PART 2 ni. Kasi lagu keluar dulu (pastikan speacker anda ‘on’)….

Ya Allah..
Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmatNya

Jadikanlah air mataku, sujudku &  tanganku ini
Sebagai saksi di akhirat
Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai pemayung ketika panas terik di padang Masyar
Sesungguhnya tidak tertanggung oleh ku akannya
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini
Sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri

Tuhan….
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan
Sempurna kepadaMu kerana kebaikan telah ditembusi kejahatanku
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan
Air mata penyesalan, sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa
Mengharap rahmatMu
Dan wajah yang malu memandangMu

Meskipun rayuan setinggi gunung
Namun…kesangsian datang di celah harapan
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata Nabi Adam
Selama 200 tahun sehingga bumi terbelah menjadi sungai..

Apakah sujudku ini sehebat Uwais al Qarni yang merintih hingga dinihari
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan
Siti Maryam yang merayu kehadrat ilahi

Apakah wajahku yang menghadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah
Yang menghadapMu dengan rasa kehinaan

Semua kesangsian ini…
Ya Allah mendatangkan ketegaran di dada
Untuk menghadapMu tetapi hanya ini yang ada padaku…

Ya Allah…hanya untuk hari ini, DEMIMU…

Padamkan amarahku… padamkan resahku…. aku bersyukur… aku jujur…. dan ku akan beramal baik.

Ya Allah…
Ya Allah…. aku redha… aku ikhlas… dan aku pasrah padaMU
Ya Allah…. aku redha… aku ikhlas… dan aku PASRAH.

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

KUASA PASRAH

Writing by coachhazil on Wednesday, 13 of February , 2008 at 11:12 pm

Di dalam Workshop KA-MK, peserta akan menyelami dirinya. Menerokai sebuah ruang yang jauh tersorok. Menerokai sebuah zon yang amat jarang disentuh atau tersentuh yang akibatnya tinggal usang & kehausan. Mengenal suatu daerah yang bernama JIWA. Peserta akan membongkar RAHSIA JIWAnya dan menjana KUASA-KUASA hebat yang kelak bakal menjadi KEMAKMURAN dalam hidupnya. Salah satu kuasa tersebut adalah KUASA PASRAH.

Apa itu KUASA PASRAH??

Pasrah adalah suatu bentuk penyerahan. Sering dikaitkan dengan sifat penyerahan kepada Yang Maha Pencipta. Pasrah juga bermaksud bersedia menerima sambil menaruh harapan kebaikkan untuk sesuatu. Pasrah adalah kuasa penyerahan yang total. Mudah diucap, belum tentu terhayat atau terlaksana. Kuasa Pasrah yang TOTAL & HEBAT juga adalah dinamakan tadharru’!!

Tadharru’ ialah kehinaan yang amat dan rasa rendah diri yang disebabkan oleh hilangnya harapan dan terpapar apabila seseorang itu sampai ke destinasi terakhirnya. Tadharru’ adalah satu bentuk penyembahan yang di gunakan oleh seorang mukmin semasa dalam keadaan yang terdesak, krisis, dan kecemasan atau menghadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara.

Sifat ini akan membuang sifat ego, angkuh, bangga diri yang menutup hati insani. Ianya menunjukkan keikhlasan kita untuk memohon pertolongan terhadap Allah s.w.t dan menyedarkan kembali bahawa hanya padaNya tempat kita bergantung. Ia juga menyedarkan kita bahawa kita hanyalah insan yang `kotor’ disisiNya dan memerlukan pertolongan dariNya. Memerlukan PEMBERSIHAN dariNya.

Keadaan ini di gambarkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan menyebut, “Bayangkan seorang lelaki yang sedang hanyut di tengah2 lautan dan apa yang dia ada hanyalah sekeping kayu yang masih menjadi tempat pautannya. Lelaki tersebut menjadi semakin lemah dan ombak lautan yang masin semakin menariknya kearah maut. Bayangkan lelaki tersebut dengan matanya yang penuh mengharap dengan penuh terdesak melihat ke langit menangis sekuat-kuatnya “Ya Tuhan, Ya Tuhan!!” Bayangkan betapa terdesaknya lelaki tersebut dan betapa ikhlasnya dia memohon bantuan dari Allah s.w.t.”

Allah s.w.t. maha pemurah lagi maha penyayang. Kadangkala apabila kita terleka, alpa dan hanyut dari jalan yang lurus, Allah s.w.t. akan meletakkan kita dalam situasi yang amat terdesak supaya kita menyedari kelemahan kita dan kembali kepadaNya untuk mencari perlindungan dan meminta pertolongan. Oleh itu, musibah yang menimpa orang islam sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita supaya kembali semula kepada Allah s.w.t.

Jadi, adakah kita sedari akan mesej-mesej yang disampaikan Allah?

Kadangkala kita mendapat sesuatu yang kurang memuaskan, kehilangan wang, gagal dalam perniagaan, di rompak, kemalangan, ditipu dan sebagainya. Adakah kita sedar bahawa ia adalah mesej dari Allah untuk kembali kepadaNya? Walaupun kita mungkin tak diuji sedemikian rupa, adakah kita HANYA akan bertadharru’ atau menyelami KUASA PASRAH ini apabila ADA UJIAN BESAR yang melanda. Seolah-olah masa lainnya kita EGO, SOMBONG, BONGKAK atau kurang mensyukuri dengan segala anugerah. Atau mungkin kita rasa amal kita SUDAH cukup hebat dan sempurna.

Kita MEMBICARAKAN soal KAYA.. KAYA… KAYA… Sedangkan KEKAYAAN JIWA kita LANGSUNG TIADA!! Malah, jiwa masih miskin hina hingga tidak bisa mengenal apa itu tadharru’ … apatah lagi merasai, menghayati dan menjiwainya. Nyatakan termanologi KAYA kita masih MISKIN.

KUASA PASRAH ini harus dicipta (bukan tunggu dah susah hina, sakit, cemas dll).. ia harus dilatih… ia harus digali rasa dan penghayatannya. Inilah satu tahap kehinaan yang kita harus cuba mencapainya ketika mana kita berdoa kepada Allah s.w.t agar membantu melenturkan jiwa kita yang mungkin rusak dan kotor dengan IMPIAN LUARAN yang mengasyikkan kita dan ummah.

Marilah kita sama-sama merayu kepadaNya seperti mana Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah ketika mana baginda terperangkap di dalam perutikan Nun. Sedangkan rasul yang berkedudukan tinggi dan dijamin syurga bagi mereka memohon pertolongan Allah dalam keadaan yang penuh tadharru’, apatah lagi kita insan biasa yang sering tidak terlepas dari melakukan dosa..

KUASA PASRAH akan membentuk KEKAYAAN JIWA yang maha HEBAT. Kekayaan JIWA inilah kelak akan menjadi MAGNET untuk menarik SEGALA KEKAYAAN LUARAN. Mana mungkin yang luar terjana TANPA ada KUASA yang di dalam??!!.

Pilihlah… KAYA LUAR MISKIN DALAM atau KAYA LUAR KAYA DALAM!!  

Wallahua’lam..

Mir Hazil Azran - RESQ56 Coach

PS: Terokai RAHSIA ini bersama kami di KA-MK 16hb FEB, 2008 dan RESQ56 17hb FEB, 2008. 2 dalam 1… KAYA LUAR KAYA DALAM!!!

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil

Pelajari “Ilmu Mengenal Diri”

Writing by coachamar on Sunday, 10 of February , 2008 at 12:41 pm

Mengenal diri adalah ilmu yang sangat penting di dalam kehidupan manusia seharian. Mengenal diri bukan setakat melihat diri anda di hadapan cermin dan berkata..”inilah aku”. Mengenal diri adalah mengetahui diri anda sendiri baik yang fizikal mahupun diri anda yang  ”ghaib”.

Manusia zaman kini makin lupa ilmu ini. Mereka bangga melihat dan menilai dunia fizikal mereka dan melupakan dunia metafizika mereka. Akibatnya, banyak masalah dan cabaran yang kita sedang harungi dan lalui tidak berjaya diatasi dan difahami akibat tidak mengenali diri kita sendiri.

Adakah anda tahu bagaimana anda bertingkahlaku begini? Adalah anda tahu kenapa anda bertabiat begitu?Kenapakah anda kerap kali mengalami kegagalan? Dan pelbagai lagi persoalan yang mampu anda sendiri huraikan jika anda mengenali diri anda yang sebenarnya?

Mengenali diri anda menyebabkan anda mengetahui ilmu minda, ilmu aura, ilmu chakra dan pelbagai lagi rahsia-rahsia diri anda yang akan memudahkan anda mengendalikan perjalanan kehidupan anda setiap hari di dunia ini. DAN yang PENTING, anda semakin menghargai dan mensyukuri anugerah ALLAH SWT kepada kita sebagi mahkluk yang hebat.

Memang manusia kerap lupa tentang kemampuan yang mereka miliki dan tidak mahu memahami potensi diri manusia sendiri. Seperti manusia yang lupa mengenali dan memahami alam dan hukum yang menguasai alam. Malahan manusia sentiasa RAKUS dan BUAS memusnahkan alam hingga alam sendiri yang “mendera” manusia. Kita yang tidak mengenali diri kita sendiri akan “menderita” dihempit kesulitan akibat kurangnya kita tentang diri kita sendiri.  

AMAR MAHMOOD

Leave a comment

Category: Bicara coach Amar

NASMA AURA

Writing by coachhazil on Tuesday, 5 of February , 2008 at 3:37 pm

Ada yang bertanya-tanya pasal pancaran, cahaya diri, nur diri, rahsia diri dan sebagainya. Ilmu aura pulak dianggap jauh dari landasan itu… ia hanya ILMU SAINS ciptaan manusia. Sains dan Islam umpama Agama dan SUCI (sufi).. dalam agama ada suci.. namun dalam suci belum tentu hak satu-satu agama semata. (untuk kita orang islam, Islam itu suci - untuk yang beragama kristian, agama itulah yg suci bagi mereka dan begitulah yang lain-lain). TAPI, Islam itu LENGKAP dan ALLAH hnya menerima ISLAM sebagai wadah kehidupan untuk hambaNYA.

Lengkap bererti meliputi segala sesuatu. Ada yang JELAS ada yang TERSEMBUNYI. Ilmu perundangan, metamatika, fizika, kimia, bahasa, sains, teknologi dan sebagainya adalah wadah menghalusi agama. Jika ia dilandaskan pencarian berasaskannya dan untuknya.. ia tidak akan melencong dari asalannya. Lalu, sains hanya wadah untuk membantu membongkar RAHSIA yang tersembunyi dalam Islam andai landasan islam itu diikuti.

Namun, untuk memberi pendapat, seseorang harus berijtihad. Ijtihad tidak boleh sembarangan. Orang itu harus BERILMU & MAHIR akan ilmunya. Yang mahir agama.. ijtihadnya dalam agama, yang mahir sains - tentunya ijtihadnya dalam sains. Setiap orang punya kemahirannya. Maka, kerana itu ia harus merujuk kepada ahli ilmu yang lain. Biarpun ada beza pendapat… namun ijtihad membantu memakmurkan ilmu asalkan landasan iman & taqwa tidak dicerobohi. Pun begitu, pendapat masih pendapat… ia bukan HUKUM. Selagi ia bersifat pendapat, ia hanya wadah sokongan untuk mentafsir. Lebih banyak pendapat.. lebih berkembanglah tafsir atas dasar. Lalu, berilmulah… beramallah… dan hulurkan pandangan.

Pandangan saya:

Alam dijadikan berpasang-pasangan. Ia adalah karya Hukum Pasangan ciptaan Yang Maha Esa. Lelaki dan perempuan, siang dan malam, luar & dalam, baik & buruk, dosa & pahala dan sebagainya.Firman Allah yang bermaksud:

Maha suci Tuhan yang telah mnciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui

– Surah Yassin ayat 36.

Dari hakikat realiti fizika.. kita mengenal dan faham akan fakta pasangan ini kerana ia jelas lagi nyata. Dari sudut hakikat metafizika pula, ia perlu direnung dengan mendalam dengan mata hati dan jiwa. Tubuh adalah fizika, pasangannya adalah tubuh astral yang tidak nampak. Tubuh astral ini juga dinamakan NASMA iaitu aura. Dalam terminalogi kerohanian (islam), nasma hadir bersama tubuh fizik sebagai wap-wap air atau lapisan nipis udara (angin) pada tubuh tersebut. Secara kiasnya umpama kehadiran haruman (metafizik) pada bunga (fizik) atau cahaya /panas (metafizik) pada api (fizik).

Dalam kamus arab, perkataan nasma bermakud ‘jiwa; orang’ manakala dalam translasi inggerisnya pula bermaksud ‘a soul’. Dan SOUL adalah RUH. Renung-renungkan…

Dalam surah Al Mu’minuun ayat 17, Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami).

Dalam tafsiran ayat ini, kitab tafsir menyentuh maksud ‘tujuh buah jalan’ sebagai kejadian langit yang 7 lapis kerana ayat yang seterusnya (ayat ke 18 ) menyatakan tentang ‘air dari langit’. Namun dalam surah ini juga dari ayat 12 hingga 16 menceritakan perkembangan kejadian manusia dan kehidupannya di akhirat. Asal kita dari tanah, saripati air mani pada rahim, seterusnya menjadi segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu tulang hingga ke petikan ayat “Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” - petikan ayat 14.

Maha hebat susunan cerita dalam surah ini menjadikan ayat 17 tersebut sebagai penghubung antara ‘kejadian manusia’ dan ‘kejadian langit & isi bumi’. Seolah suatu RAHSIA untuk kita renungkan antara hubungan atau persamaan kejadian kita dan langit.

Mungkinkah: 7 buah jalan itu bermaksud lata’if (chakra) atau lapisan nasma (aura) yang dalam ilmu lain menyatakan ianya ada 7 .

Nasma bermaksud jiwa @ roh - suatu makhluk metafizik seperti juga sifatnya angin, udara, awan seperti yang terdapat pada kejadian langit. ‘makhluk yang (berbentuk) lain’ - mungkinkah maksudnya ROH @ jiwa?

Wallahualam. Renung-renungkan….

Mir Hazil Azran Ramli

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

Manipulasikan “Law of Attraction” dengan KUASA MINDA

Writing by coachamar on Saturday, 2 of February , 2008 at 1:56 pm

Kesilapan TERBESAR setiap individu yang ingin mencapai apa yang mereka inginkan adalah mereka tidak sedar apakah energi atau getaran yang mereka pancarkan dari minda mereka.

“KUASA MINDA adalah satu kuasa atau kekuatan yang terbit semasa kita mengoptimakan atau memanipulasikan keupayaan yang dimiliki oleh otak atau minda manusia. Dan sebenarnya, kekuatan yang keluar atau terpancar dari minda yang juga sering dipanggil “mindpower”. Ia adalah sejenis tenaga atau ENERGI yang akan berintreksi dengan alam melalui hukum-hukum universal (universal law) dan yang selalunya dikatakan salah satunya adalah Law of Attraction (LOA) atau Hukum penarikan.

 

ENERGI yang dihasilkan oleh mental kita adalah dalam bentuk vibrasi atau frekuansi yang sangat halus dan sukar untuk diukur. Walaupun gelombang otak (brainwave) boleh di perolehi dengan menggunakan mesin seperti EEG, energi yang berada di sekeliling tubuh badan dari pancaran mental atau minda itu boleh dilihat dengan menggunakan teknologi foto AURA.”

Dr Mir Hazil Azran Ramli
Guru Bio-Energi

Dan kerana mereka tidak sedar dan tidak tahu apakah bentuk energi dan tenaga yang mereka hasilkan dari minda mereka, maka kebanyakan dari mereka akan memancarkan TANPA SEDAR energi kemiskinan, kesusahan, kesedihan dan sebagainya yang akan MENDORONG dan MENARIK (mengikut prinsip LOA tadi) kehidupan yang sama seperti MEREKA GETARKAN atau PANCARKAN.

Kerana itu, mempelajari bagaimana dan apakah teknik-teknik yang betul dalam menjana dan menghasilkan vibrasi atau getaran yang kita inginkan adalah sangat PENTING dan memberi MANFAAT yang sangat besar pada individu yang tahu ilmu dan pengetahuan tersebut. Malahan, dengan mengetahui dan mempelajari ilmu pengetahuan ini, anda DAPAT menggunakan bukan sahaja untuk menarik kekayaan TETAPI juga KEJAYAAN dan KEMAKMURAN dalam segala bidang yang SEDANG dan AKAN anda ceburi.

DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG !!!

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI HARI INI.. 017-333 2349 untuk TIKET & PERTANYAAN.

 

Leave a comment

Category: Bicara coach Amar

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.