Writing by coachhazil on Saturday, 26 of January , 2008 at 9:12 pm
Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negative adalah kerana terganggunya sistem energi tubuh.”
Sistem arus tenaga listrik manusia
Secara umnya, system bio-tenaga manusia yang terdiri dari titik-titik chakra sebagai TRANSFORMER atau bateri hayat tenaga yang terhubung melalui JALUR TENAGA utama yang dikenali sebagai KUNDALINI seterusnya terhubung dengan organ-organ badan melalui JALUR TENAGA yang lebih KECIL dikenali sebagai MERIDIAN atau NADIS. Anatomi semua system ini bolehlah kita bayangkan umpama SISTEM KELENJAR (chkara) yang terhubung pada SARAF TUNJANG (kundalini) yang seterusnya berhubung dengan SARAF-SARAF kecil (meridian).
MINDA manusia pula merupakan KONDUKTOR yang bertanggungjawap ke atas setiap operasi atau aktiviti di dalam system badan. MINDA akan menjaga produktiviti, kualiti dan kapasiti penggunaan tenaga tubuh.
Melalui pengalaman hidup, persekitaran, cara hidup (dan pemikiran), media-media informasi, faktor pemakanan, kualiti udara, kualiti gelombang persekitaran dan sebagainya : sistem bio-energi manusia akan TERPENGARUH sifat & kualitinya. Sekiranya terlalu banyak gelombang yang bersifat negative dicerap oleh system tubuh, ia kelak akan menjadi RACUN kepada system tersebut. Umpama toksid pada system darah & saraf, ia akan terkumpul dan membiak dengan cepat JIKA tidak diDITOKSIkan atau dikeluarkan dari system badan. Fenomena ini juga dikenali sebagai ENERGY BLOCKAGE (aliran energi yang TERSUMBAT). SAINS telah membuktikan tekanan EMOSI dan MINDA dari pelbagai aspek akan mengakibatkan energy blockage ini. Cara minda menguruskan EMOSI dan MINDA (termasuk tekanan & cara mengatasinya) juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku. Jika aliran energi ini terganggu kerana dipicu oleh kenangan masa lalu, trauma yang tersimpan dalam minda bawah sedar, emosi yang tak menentu, pemikiran yang keliru, hilang tumpuan, bad mood, malas, depresi, fobia dan sebagainya: SISTEM ALIRAN ini telah TERCEMAR.
Bayangkan aliran longkang yang tersumbat akibat sampah-sampah yang terkumpul didalam longkang tersebut. Ia bukan hanya akan mengumpul lebih banyak sampah bersamanya, malah ia akan mengakibatkan PENGALIRAN menjadi PERLAHAN atau TERHENTI dan PENCEMARAN berlaku. Ia juga akan mewujudkan TEKANAN yang TINGGI atau RENDAH pada system pengaliran tersebut.
Begitulah system BIO-TENAGA manusia, sejumlah ENERGI NEGATIF akan menjadi blockage yang akan menyebabkan pengaliran ARUS energi menjadi PERLAHAN atau TERHENTI malah akan MENCEMARKAN keseluruhan kualiti arus energi tersebut. Ini termasuklah menyebabkan kondisi HYPER atau HYPPO (tinggi atau rendah), kesan RADIASI, KEROSAKKAN salur energi, FIUS TERBAKAR dan sebagainya.
HUKUM FIZIK menyebut, energi tidak akan HILANG – ia akan BERUBAH BENTUK. Dalam maksud lain, penghasilan energi POSITIF akan berubah BENTUK menjadi NEGATIF apabila adanya ‘energy blockage’ dalam system jalur tenaga kundalini atau meridian. Ini lama kelamaan menyebabkan arus asal yang sepatutnya menanakan aktiviti azali tubuh terganggu pengalirannya yang seterusnya menyebabkan ORGAN tidak mendapat bekalan ARUS yang cukup untuk bekerja. Lama kelamaan, ORGAN juga turut TERCEMAR dan rosak lalu PENYAKIT termenifestasi.
Jika tubuh FIZIKAL, proses DITOKSI boleh dilakukan melalui senaman, urutan, pengambilan nutrisi atau suplemen yang mampu menolak racun-racun keluar dari tubuh. Dalam kontek BIO-ENERGI pula, energy blockage (racun) ini tidak boleh hanya ditolak KELUAR semudah toksin, IA HARUSLAH DINEUTRALKAN atau ditukar betuk kembali kepada SIFAT ASALnya. Persoalannya, bagaimana proses ini mahu dilakukan???
Solusi Bio-energi
Kehebatan penciptaan manusia oleh YANG MAHA BERKUASA telah dilengkapi dengan pelbagai system kehidupan. Ia lengkap dengan system sekuriti (keselamatan), daya tahan, daya melawan arus (penebat), daya cetusan arus (spark) dan sebagainya. Secara auto, kehebatan minda akan menghasilkan gerak-kerja penawar untuk memperbaiki kerosakan pada tubuh. Namun begitu ia terhad kepada kerosakkan monir. Jika berlaku kerosakkan MAJOR , ia memerlukan ALAT BANTUAN KECEMASAN dari luaran tubuh secara teknikal (seperti R’ESQ56) untuk mendiscajkan, meneutralkan dan menjanakan semula pengaliran energi tubuh tersebut.
Aliran energi yang tersumbat di beberapa titik kunci pada tubuh HARUS DIBEBASKAN, hingga mengalirkan semula energi secara LANCAR. Dan cara membebaskannya adalah dengan mengetuk ringan (tapping) dengan 2 hujung jari di bahagian tertentu pada tubuh (jalur KUNDALINI / titik chakra). Ketukan ini umpama memecahkan ‘energy blockage’ tersebut atau meneutralkannya. Ketukan yang berterusan akan seterusnya MENJANAKAN pengaliran energi kembali LANCAR. RESQ56 menggabungkan kaedah untuk mengendali permasalahan gangguan energi pada spiritual, emosi, minda hinggalah fizikal. Tidak kira dimana ‘halangan’ itu berada, RESQ56 boleh mengatasinya!!
Mir Hazil Azran
R’ESQ56 Founder & Coach
Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO
Writing by coachamar on Thursday, 24 of January , 2008 at 11:02 pm
Apakah itu “let go”. Dari segi istilahnya boleh kita maksudkannya sebagai “to release” atau “melepaskan” sesuatu yang kita pegang atau kita simpan. Tetapi dari sudut psikologi energinya, ia adalah satu keadaan kita membebaskan atau melepaskan energi yang tersumbat (blockage) pada salur urat tubuh energi seseorang itu.
Sebenarnya, “let go” adalah satu KUNCI PENTING untuk mencapai kejayaan dan kemakmuran. Dan dari segi teorinya.. selagi kita masih memegang sesuatu benda atau pekara, selagi itulah kita tidak akan dapat menerima suatu benda yang baru.
Atau, selagi kita tidak membiarkan sesuatu benda itu mengalir… anda tidak akan menerima aliran benda yang baru. Dalam hukum energi atau juga “universal law”, selepas anda melepaskan sesuatu energi yang tersumbat.. energi akan mula mengalir mengikut hokum yang telah ditetapkannya. Juga dalam sudut ilmu minda, selagi anda masih memegang kepercayaan negatif yang telah menghalang kemajuan dan kejayaan anda, selagi itu kepercayaan yang baru amat sukar dimasukkan ke dalam sistem kepercayaan anda. Begitu juga untuk emosi anda. Kenapa anda perlu menyimpan emosi-emosi negatif seperti kesedihan, kekecewaan, kemurungan dan lain-lainnya??? Wahal, ia langsung tidak membantu anda?
Anda sepatutnya meLEPASkan ia pergi dan anda akan mula CERIA dan menghasilkan energi POSITIF dari dalam diri anda.
Ingat hokum LOA..?
Apa yang anda “getarkan”, itulah yang ANDA TARIK…!!
“Inalillahi wa’ina illahirajiun”
(dari Allah aku datang, kepada Allah aku kembali)
-inilah ayat yang mengambarkan anda menyerah pada PENCIPTA. Banyak juga diamalkan orang tertentu saat mereka BUNTU.
..Aku Ikhlas…Aku Redha…Aku PAsrah…
AMAR MAHMOOD
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachhazil on Wednesday, 23 of January , 2008 at 7:22 pm

PAKEJ WORKSHOP KA-MK :
- WORKSHOP 2 HARI (minum pagi, makan t/hari & minum petang disediakan)
- NOTA LENGKAP - apa yang dikongsi dalam workshop - itulah yang anda akan dapat.
- SIJIL PENYERTAAN - yang cantik menawan, ditandatangani oleh keda-dua coach
- CD AUDIO SUBLIMINAL - khas untuk KA-MK (prgrm ‘tarik wang’). Anda hanya perlu dengar, minda akan bekerja untuk anda.
- Personal Coaching untuk 6 bulan melalui e-mail untuk ‘IMPIAN 2008?.
- DISKAUN sehingga 30% untuk produk 7Chakra & Ya HU keluaran IQBC
- PENDAFTARAN PERCUMA untuk ALUMNI R’ESQ56
Sertai TAWARAN hebat ini untuk MENGUBAH NASIB anda. Satu-satunya PAKEJ workshop yang menggabungkan 2 COACH dan 12 ILMU untuk menjana KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN. Siri PERTAMA telah BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!!! Baca komen-komen mereka di blog ini dan www.resq56.com!! Jangan tunggu lagi..!!! DAFTAR HARI INI RM660 SAHAJA!!!
TUNGGU!!!
Jika KEWANGAN anda sedang benar-benar TENAT sekarang TAPI anda NAK SANGAT PAKEJ istimewa ini. HUBUNGI MEREKA YANG TELAH HADIR SIRI 1… dapatkan tiket melalui alumni RESQ56 siri1 yang lalu. KAMI beri DISKAUN HEBAT UNTUK ALUMNI RESQ56 siri 1(19&20hb Januari, 2008).. NAMUN HANYA UNTUK MINGGU INI SAHAJA!!! (PROMOSI INI SAH UNTUK TIKET YANG DIBELI ATAS NAMA ALUMNI RESQ56 SIRI 1 UNTUK ANDA DARI 21HB JANUARI hingga 28hb JANUARI, 2008)… risik dengan mereka, silap2 anda bayar dengan harga yang mereka bayar pada siri 1 yang lalu!!! BERTINDAK SEKARANG!! PROMOSI ini tinggal 4 hari lagi!!
Baca testimonial dari Online-Coach Zahir, klik sijil dibawah!!

Baca testimonial dari azZorRo - klik sini & sini atau Luthfi, klik sini. atau baca INFO@IQBC.

Category: KA-MK INFO
Writing by coachamar on Wednesday, 23 of January , 2008 at 11:03 am
Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Dan pastinya ia menuntut lebih banyak perkongsian dan komitmen dari saya untuk manfaat semua yang akan singgah dan membaca perkongsian di sini.
Alhamdulillah…itu ayat pertama saya sebaik sahaja selesai sesi KA-MK Siri 1 sekitar 5.30pm semalam iaitu hampir 3 hari “berkampung” di IQBC penangan workshop sulung saya bersama Coach Mir Hazil. Lega dan gembira dengan kejayaan dan kelancaran workshop tersebut yang saya ibaratkan satu TITIK MULA saya di arena pentas “training” yang menjadi cita-cita besar saya sebelum ini.
Seperti kata Coach Mir Hazil dalam artikel terbaru, iaitu kelahiran KA-MK & R’ESQ56 yang berlangsung pada 19/01/2008 bersamaan 10hb Muharram 1429 yang juga adalah hari Assyura-hari kelahiran ALAM, kelahiran JIBRIL, kelahiran RAHMAT, kelahiran TAUBAT dll membawa bersamanya 1001 keajaiban & hidayah untuk mereka yang menantinya. Tambah mengujakan saya TARIKH KERAMAT ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran puteri sulung saya Nur Athira Irisya (Isya) yang ke-9 tahun.
“Maaf, puteri ku…Papa tak dapat meraikannya pada sabtu lepas. Insya Allah hari ini kita sekeluarga akan menyambut ulangtahunmu…”
Jadi ia ibarat saya menyambut “baby” pertama saya. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bagaimana YAKINnya saya dengan kelahirannya dan Insaya Allah saya akan “membesarkannya” dengan pelbagai lagi ilmu dan perkongsian yang bermanfaat untuk mereka yang mencari KEMAKMURAN.
TERIMA KASIH yang tak terhingga buat Master Hazil yang telah mencetuskan idea kerjasama ini. “Kuasa Sinergi” sangat sukar dinafikan menjadi “KUNCI” dan “INTI” kekuatan dan keunikan workshop ini. Di samping berkerjasama, saya sebenarnya dapat banyak BELAJAR secara terus dengan Master Hazil sendiri. Seorang yang saya AKUI sangat KAYA dengan ILMU dan PENGALAMAN. Saat beliau disambut dengan berita yang gundah, masih terlihat kekuatan dalaman beliau untuk memberi perkongsian yang TERBAIK untuk peserta. Insya Allah, “sinergi” ini akan makin kukuh dan kental dalam menembusi pintu-pintu keras persepsi manusia…AMEEN.
Terima kasih juga pada Master Hafiz aka Rendra. Tak jemu-jemu memberi bantuan dan pertolongan dalam kerja-kerja teknikal yang sangat mendesakan. Juga TERIMA KASIH buat Aza yang tak putus-putus menyediakan “aroma kopi” yang menyegarkan.
Terima kasih juga buat peserta yang telah menjalinkan ikatan silaturahim dengan saya. Sokongan dan kerjasama anda sangat menceriakan saya. Komitmen dan kesungguhan anda menerima perkongsian yang lepas bukan terhenti di sana. TETAPI, masih banyak lagi perkongsian yang akan saya hulurkan pada anda saat-saat kita sama-sama meniti kehidupan yang penuh dengan kejayaan dan kemakmuran.
Seperti juga kata Coach Mir Hazil, saya mengharapkan pandangan dan komen dari anda. Ia akan membantu kami untuk membaiki lagi sebarang rongga-rongga kosong yang kami lupakan.
Akhir kata..renungilah kata-kata hikmah ini:-
“Tiada apa yang mustahil untuk kita capai.. hayati tiap saat sebagai suatu anugerah.. suatu nikmat kekayaan.. anda akan menarik LEBIH banyak KEKAYAAN dalam hidup.”
-Mir Hazil-
Founder/R’ESQ56 Coach
Love,Abundance&Prosperity
AMAR MAHMOOD
R’ESQ56 Coach
PS: Ini adalah ayat awal selepas mereka menyertai KA-MK:-
A NEW DAY HAS COME…
Saya sentiasa berdoa, agar apa yang saya TEMUI dalam KA-MK akan TERUS MENGUJA saya untuk TERRRUUUSSSS BERJAYA.. Ameen..
Syabas buat semua ! Syabas buat Coach ! Syabas untuk saya !
EILANUR aka AzZorRo
PADAT, TEPAT dan SARAT. Itulah ungkapan luahan gambaran dan perasaan pengisian kursus yang berlangsung selama 2 hari yang mana penuh dengan kupasan teori serta praktikal berkenaan MINDA, AURA dan juga metodologi baru gabungan REI KI, NLP, ESQ dan EFT yang dikenali sebagai R`ESQ 56.
Lutfi aka Luthfikir
Sesuatu yang praktikal dan berkesan telah k ita temui setelah tercari-cari kaedahnya. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang telah menganugerahkannya kepada k ita. ” Sesiapa yang mencari Allah, sesungguhnya Allah itu dekat, lebih dekat dari urat lehermu”. Selalu tertanya-tanya bagaimana untuk redha dan pasrah.. RESQ56 ada jawapannya.
Muga kita terus berjaya mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
Kak Ita : 017-6189984
Category: Bicara coach Amar
Writing by coachhazil on Tuesday, 22 of January , 2008 at 11:06 am
Salam Kedamaian..
Syukur saya kepada Yang ESA, KA-MK siri 1 telah berlansung dengan jayanya. Dalam suasana penuh gemilang, sederhana dan damai..produk saya ini memecahkan temboknya untuk dipersembahkan kepada umum. Terima kasih buat semua peserta yang hadir untuk berkongsi masa, tenaga dan ilmu. Terima Kasih yang tak terhingga buat Master Hafiz & Azza yang bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan workshop ini. Juga tak lupa buat Master Nurul yang turut membantu ke sana kemari untuk mendapatkan beberapa tools untuk workshop ini.
Tentunya saya bangga dengan produk ini. Walau masih ada kekurangannya, saya tetap bangga. Ia sesuatu yang BERBEZA dari sesi-sesi saya sebelumnya. TAHNIAH buat Coach Amar atas komitmen beliau. Mudah-mudahan kerjasama ini berpanjangan.
Hari kelahiran KA-MK & R’ESQ56 berlansung pada 19012008 bersamaan 10hb Muharram 1429 yang juga adalah hari Assyura. Tentunya tarikh istimewa ini membawa banyak makna buat saya. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatan setiap kali menjelangnya kelak. Assyura hari kelahiran ALAM, kelahiran JIBRIL, kelahiran RAHMAT, kelahiran TAUBAT dll membawa bersamanya 1001 keajaiban & hidayah untuk mereka yang menantinya. Mudah-mudahan HIDAYAH itu menjadi cahaya yang akan terus menyinari KA-MK dan R’ESQ56 kelak.
Saya menerima kelahiran ini dengan berbagai RINTANGAN. Benar kata guru-guru, kebaikan bukan suatu yang MUDAH. Semakin besar konteksnya semakin besar cabarannya. Saya menyambut kelahiran KA-MK & R’ESQ56 dengan KEHILANGAN permata yang dikandung ISTERI tersayang. Beliau yang sedang mengandung 3 bulan disahkan keguguran pada petang 18hb. Tentunya khabaran ini cukup MENAMPAR kestabilan emosi & motivasi saya. Maklumlah, setelah 7 tahun tak mengandung, kegembiraan untuk menerima kandungan ini amat TINGGI maknanya buat kami berdua. Namun, rupanya DIA hanya berikan kami RASA itu seketika. Kini, hadiahNYA adalah suatu RASA yang lebih besar & LAZAT. Lazat yang tersembunyi, perlu kami gali & cari. Walau berbagai rasa yang muncul dibenak minda & perasaan, atas restu isteri; PERSEMBAHAN KA-MK perlu diteruskan. Alhamdulillah, saya menerima dugaan ini sebagai suatu KEHILANGAN untuk menerima KELAHIRAN KA-MK & R’ESQ56. Maka, tentunya segalanya amat BERMAKNA buat saya.
Ya Allah… Saya REDHA, saya ikhlas.. saya terus PASRAH kepadaMU.
Saya menghayati nikmat KEKAYAAN dalaman ini, saya semakin rasakan kehadiran KEKAYAAN LUARAN yang tersedia untuk saya. ROH KA-MK & R’ESQ56 semakin terasa denyut nadinya seumpama menggantikan denyut nadi ‘fetus’ kami yang berhenti. Semakin deras masa berlari.. semakin bergegar gerak nadinya ini.
Saya mengharapkan komen & pandangan dari semua yang terlibat dengan workshop siri 1ini. Komen & pandangan anda akan membantu saya untuk memperbaiki persembahan siri-siri yang lain kelak. Ia juga umpama nasihat untuk saya lentur ‘baby’ saya ini. Harapan saya, anda telah memperolehi sesuatu dari workshop ini untuk anda fahami, hayati & aplikasikan kelak dalam mengejar KEDAMAIAN, KEMAKMURAN & KEKAYAAN. Tiada apa yang mustahil untuk kita capai.. hayati tiap saat sebagai suatu anugerah.. suatu nikmat kekayaan.. anda akan menarik LEBIH banyak KEKAYAAN dalam hidup. Setiap 1 orang yang membaca artikel ini..tenaganya akan menarik 1000 orang lagi kepadanya.
Ammiinnn…
Mir Hazil Azran Ramli - R’ESQ Coach
ps: saya tulis artikel ini menggunakan Laptop kecil ASUS yang dihadiahkan isteri untuk projek KA-MK. Walaupun KA-MK belum berlansung hari tu, isteri saya dah beli hadiahnya siap2 buat peransang semangat. Ini artikel pertama dari laptop kecik ni.
ps2: ini artikel pertama saya di www.resq56.com. Terimakasih buat webmaster Zahir atas kecemerlangan usaha beliau untuk melahirkan pentas resq56 di web ini. Doa saya untuk beliau, terus SUKSES!. Sama-sama kita lakukan R’ESQ56 untuk kesejahteraan bersama.
Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO
Writing by Admin on Sunday, 20 of January , 2008 at 11:20 pm
Salam kepada semua,
Website RESQ56 sedang dalam proses UPDATE dan PENYIAPAN serta PENYUSUNAN.
Terima Kasih
Admin RESQ56

Category: R'ESQ56 Helpdesk