MAKLUMAN..

Writing by coachhazil on Tuesday, 23 of September , 2008 at 11:30 am

Salam Sejahtera…

Pagi ini saya dimaklumkan oleh webmaster Zahir bahawa 7chakra.com TIDAK DAPAT DIEKSES (dibaca: dibuka secara online) atas sebab-sebab yang TAK PASTI. Menurut webmaster Zahir; perkara ini berkaitan dengan MASALAH DENGAN SERVER dan beberapa akaun / web yang turut berada di’server’ yang sama turut digantung.

NAMPAKNYA selain beberapa peristiwa tahanan ISA di Malaysia… web 7chakra.com juga kini dibawah siasatan dan pergantungan. Harap-harap tidaklah sampai perlu hantar sesiapa ke KEMUNTING.

SAMA-SAMALAH SEMUA BERDOA agar masalah ini bersifat sementara. Mudah-mudahan sebarang pertuduhan digugurkan seterusnya PERGANTUNGAN AKAUN ini ditarik semula. Buat masa ini, sebarang update akan dimaklumkan di web resq56.com ini.

Salam Ramadhan.

Mir Hazil Azran Ramli a.k.a Coach Hazil a.k.a Master G

Leave a comment

Category: Bicara coach Hazil, R'ESQ56 INFO

Ramadhan ESQ (part 2)

Writing by coachhazil on Saturday, 6 of September , 2008 at 1:57 am

Salam Aura Ramadhan…

Semasa menulis artikel ini, sistem tubuh & sistem bio-energi saya saya masih berada di fasa orentasi penyesuaian dengan rutin Ramadhan dan hikmahnya. Walaupun amalan berlapar dan dahaga (berpuasa nafsu makan) bukanlah lagi suatu cabaran yang besar buat saya (mungkin kerana sudah lali dengan amalan berlajar ‘menawan’ daerah bergantungan dengan ‘energi makanan’ disertai ritual pembersihan energi tubuh), namun ‘cabaran’ Ramadhan tetap tinggi dan memerlukan komitmen besar untuk menakhlukinya.

Ramadhan BUKAN hanya terletak kepada amalan berpuasa ‘makan & minum’nya, ia lebih besar dari itu. Malah, ramai berpendapat bahawa amalan berpuasa dari makan & minum ini sekadar simbolik & perlatihan untuk PEMBENTUKAN & PENJANAAN SISTEM BIO-ENERGI insan agar KEKAL cemerlang dan EFISYEN. Ia juga berperanan untuk seseorang itu menguasai energi NAFSU yang secara fitrah menjadi miliknya. Daerah ini, jika tidak ditawan; BAKAL MENJADI ANTENNA berkuasa besar yang akan menarik bervoltan-voltan ENERGI NEGATIF kepada sistem bio-energi tubuh yang seterusnya akan membentuk HAMBATAN ENERGI (energy blockage) yang amat dasyhat kesannya bagi diri seseorang itu.

Dalam konteks agama, ibadah di bulan Ramadhan akan MENYUCIKAN sistem aliran tenaga tubuh. Hambatan energi negatif akan dibongkar dan dibersihkan demi memancarkan aliran NUR sepanjang sistem ini. Nasma aura akan terpancar dengan sifat asalnya (alami) dan bersesuaian dengan frekuensi zat Illahi. Proses ini seterusnya akan membentuk suatu SET ENERGI SUCI yang dikenali sebagai TAQWA. Sesungguhnya taqwa itu adalah ‘sifat’ dan pembentukan sifat bukanlah sesuatu yang bersandarkan hukum fizika (luaran semata). Ia tidak dapat dibuat-buat (miskipun ramai yang berlajar untuk melakonkan sifat ini). Ia adalah natural dan alami, namun begitu sifat ini harus dicari dan diperbentukan.

Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Ali rah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2) minum; (3)syahwat; dan (4) kecintaan kepada harta.

Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat itu juga bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai ‘setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang. Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di ‘re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 & 6 yang ditetapkan.

Miskipun Ramadhan mengizinkan proses ‘re-format’ ini berlaku dengan mudah dan efisyen, KUNCI PELAKSANAAN masih terletak pada diri insan tersebut. Informasi dan ILMU dapat membantu insan untuk MENDEKATI ZON WIFI ini namun untuk mendapatkan hasilnya seseorang harus MELAKSANAKAN langkah-langkah tersebut dengan penuh keislaman & keimanan. Kunci TINDAKAN terletak pada insan. Iklan-iklan (artikel ramadhan) hanya sebagai pendorong dan motivasi buat jiwa yang sering berada dalam kekalutan. Seseorang harus SEGERA MENYELAMATKAN (rescue) sistemnya dari terus tenggelam, mengeras (degil), perlahan dan seterusnya rosak. Sistem R’ESQ ini haruslah ditekan-tubikan penghayatan maksud dan aplikasinya demi menjaga kolerasi dan efisyensi software kita.

KEMAHAKUATAN DOA adalah bahasa atau pendekatan agama untuk ‘menyelamatkan’ (RESCUE @ RESQ) sistem bio-energi insan ini. Doa adalah instrumen untuk menghantar TRANSMISI GELOMBANG kepada Yang Maha PEMILIK lantas mengharapkan transmisi balasan dariNya. Setting transmisi ini tiada sempadan kerana NIAT penghantar transmisi akan subjektif kepada apa jua keperluannya atau mengapa ia berdoa. Jika DOA itu berlandaskan tertib, prosuder dan skima yang TEPAT seperti yang diajar dan disarankan oleh khalifah sebelumnya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan meningkat. Jika DOA itu juga disertai dengan setting R’ESQ yang PASRAH, IKHLAS dan REDHA sebagai BOOSTER kepada antennanya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan terus meningkat. Jika ia dilakukan pada ZON WIFI terpilih (ramadhan); daya KEMAHAKUATAN DOA akan memecut ke tahap kederasan CAHAYA.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186 firmanNya:”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Seolah-olah, Allah ingin mengingatkan kita, bahawa elemen ibadah doa merupakan satu teras utama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Setelah proses penjernihan ini terlaksana dengan istiqamah dan cemerlang, barulah ANTI-VIRUS yang dilengkapkan pada sistem bio-energi dapat berlansung (beroperasi) dengan lebih sempurna dan berkesan. Nasma Aura dilihat sebagai lingkungan anti-virus diluar tubuh yang menjadi pelindungan pertama kepada sistem daya tahan tubuh. Manakala sistem anti-imun yang disempurnakan tugasannya oleh pelbagai kelenjar tubuh yang menghasilkan berbagai jenis hormon akan menjadi sistem perisai dalaman untuk tubuh badan dan psikologi. Begitu jugalah SARATAN ENERGI POSITIF AMALAN & IBADAH yang dikerjakan dan tersimpan di dalam sistem chakra tubuh yang akan menjadi pemampan kepada NAFSU negatif kelak. Tak hairanlah dahulu para guru mengatakan aliran ENERGI ZIKIR akan menyusuri seluruh tubuh sehingga semua sel akan menggetarkan frekuensi apa yang dizikirkan. Lalu ia akan membentuk sebuah KEKEBALAN yang luar biasa yang akan menangkis serangan VIRUS SYAITAN yang bersifat merosakkan.

DOA juga merupakan sistem anti-virus kepada sistem bio-energi manusia. Doa yang berterusan disamping amalan zikir, tasbih, tahmid dan membaca al-Quran (bertadarus) akan menjadi pemampan dan membentuk kekuatan sistem IMAN pada insan. Ramadhan menjanjikan kerahmatan untuk mereka yang terus menjana anti-virus ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau telah meriwayatkan, bahawa telah bersabda Rasulullah SAW., “Tiga golongan yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam(pemerintah) yang adil; dan doa daripada orang yang dizalimi. Allah akan mengangkatnya melampaui awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berkata, “Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika!”

Cuba kita renungkan, keterangan dan gambaran suci keadaan Nabi kita Saiyidina wa Habibina Muhammad SAW berkenaan hal ini.

“Di dalam kitab Durril-Manthur terdapat hadith yang dinukilkan daripada Saiyidatina ‘Aishah r.ha. bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi SAW akan berubah, Baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri dalam berdoa dan keadaannya dikuasai perasaan takutkan Allah SWT. Di dalam hadith yang lain beliau berkata bahawa sehingga ke akhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ke tempat tidur.

Dinyatakan dalam satu hadith bahawa di dalam Ramadhan, Allah SWT memerintahkan malaikat penanggung Arasy supaya meninggalkan ibadah mereka masing-masing, dan hanya mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui dari banyak hadith bahawa doa-doa di dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.”

Wallahualam..

Mir Hazil Azran Ramli

(Jazakallah untuk info Ramadhan dari Ustaz Muhammad Gunawan dari blog beliau)

Comments (3)

Category: R'ESQ56 Helpdesk

Ramadhan ESQ

Writing by coachhazil on Tuesday, 2 of September , 2008 at 8:27 am

Assalamua’laikum..

SALAM RAMADHAN…

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, renungkan sejenak MAKNA Ramadhan buat diri kita. Tafsiran kata Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, manakala kata Ramadhan membawa maksud literal sebagai membakar segala dosa-dosa. Dalam erti kata lainnya bererti MEMBERSIHKAN DIRI dari segala kekotoran dosa (energi negatif).

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya aliran sistem energi tubuh.”

Dosa adalah pengistilahan dalam ilmu spiritual untuk merujuk kepada ENERGI NEGATIF atau tenaga yang merosakkan dan memudaratkan. Makna yang tersirat amat besar meliputi segenap aspek kehidupan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Dosa merupakan KOTORAN dalam sistem Bio-energi tubuh yang akan menghasilkan HAMBATAN ENERGI (energy blockage). Jika terbiar tidak dibersihkan atau dicuci, akan merebak umpama virus seterusnya membentuk sebuah kekuatan negatif yang akan menjadi MAGNET yang menarik lebih banyak kekotoran kepadanya. Ia juga akan menghalang ALIRAN ENERGI POSITIF yang secara fitrahnya diperlukan untuk menjaga keharmonian dan kesihatan tubuh fizikal & psikologikal (emosi, minda & roh). Walaupun erti DOSA tidak terikat penjelasannya sebagai energi negatif, namun dalam sudut psikologi energi; ia merupakan sebahagian dari kompenan untuk menguraikan maksud energi negatif ini dari sudut keagamaan. Oleh kerana AGAMA merupakan aspek penting dalam pengolahan dan pembentukkan set kerohanian insan, maka definasi dosa sebagai energi yang negatif kepada sistem bio-energi manusia haruslah dilihat kepentingannya demi mencari penawar terhadapnya.

Jika dosa itu adalah tompokan atau palitan energi yang negatif pada sistem bio-energi insan, maka amalan ibadah dilihat umpama penawarnya. Ibadah dapat menyuci kotoran dosa, mengekangnya dari terhambat (tersumbat), menghalangnya dari berjangkit & merebak MALAH ia melindungi sistem bio-energi ini. Penjanaan ibadah yang berterusan akan mematikan virus dosa (menyuci dosa-dosa kecil hingga menghalang dosa-dosa besar) seterusnya mengekalkan keharmonian aliran tenaga CAHAYA (NUR @ ROH) tubuh. Tanpa sedar, insan akan memperolehi pencerahan jiwa & raga dan memahami MAKNA kehidupan (kecerdasan EMOSI & SPIRITUAL) pada tahap yang tinggi.

Tidak hairanlah ibadah diwarnai dengan pelbagai ritual yang bersimbolikkan penyucian jasmaniah & rohaniah. Baik amalan mandi (wajib / sunat), berwuduk, ritual solat, berzikir, bertasbih, bertahmid, membaca al-Quran, BERPUASA, berzakat, menunaikan haji, ibadah umrah, bersedekah, tolong-menolong, memberi senyuman, berkata benar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi untuk diri hinggalah ke amalan berkeluarga, bermasyarakat dan sebagainya.

RAMADHAN umpama KEMPEN BULAN PENYUCIAN yang dianugerahkan KHAS kepada umat Islam oleh yang maha PENCIPTA. Yang maha ARIF tahu bahawa insan sukar mengengkangkan dirinya dari palitan DOSA & NODA.. maka kerana itulah Islam menyariatkan BULAN PENYUCIAN @ RAMADHAN untuk umatnya mengambil kesempatan untuk membersihkan sistem bio-energinya demi keharmonian hidup & kesihatannya sepanjang tahun. DEMI MEMOTIVASIKAN insan agar memeriahkan KEMPEN BULAN PENYUCIAN ini, Allah MENAWARKAN pelbagai HADIAH-HADIAH YANG DIJANJIKAN berbentuk ganjaran PAHALA. AKTIVITI ibadah diunjurkan dan TENTATIF sepanjang Ramadhan diajar kepada semua umat Islam agar menjayakan KEMPEN ini demi untuk dirinya sendiri. Amalan bersahur, berpuasa, berbuka, melipat gandakan zikir & solat sunat, bertadarus, bertarawih, bermunajat dan segalanya diunjurkan untuk KITA BERLUMBA-LUMBA menjayakannya. Segalanya ini demi untuk MENYUCIKAN JIWA & RAGA insan itu sendiri dan bukan semata mahukan ganjaran yang dijanjikan.

Sia-sialah Ramadhan andai KECERDASAN (Q) kita masih berada pada tahap yang lama. Bukankah hidup ini adalah mencapai MAKNA.. untuk mencapainya kita harus PEKA dan BERUSAHA untuk mencari, mengupas, menilai, mengurai dan menghayati MAKSUD & TUJUAN segala sesuatu. MUTU IBADAH juga bergantung kepada PEMAHAMAN & PENGHAYATAN MAKNANYA. Maka, jadikanlah R’ESQ @ Ramadhan ESQ ini sebagai pentas untuk mencari, menilai dan menghayati anugerah bulan al-mubarak ini buat kita. Maha suci ALLAH yang telah menghadiahkan Ramadhan untuk umat Muhammad dengan sebesar-besar rahmat & kegemilangan yang dijanjikan DEMI menjaga ‘UMAT RASUL KESAYANGANNYA’ ini agar suci dari dosa & noda (energi negatif).

Buat semua alumni RESQ HU & RESQ 56, ambillah kesempatan ini untuk melakukan ritual pembersihan melalui teknik RESQ HU & RESQ 56 dengan mempertingkatkan KUASA PASRAH, REDHA & IKHLAS. Lakukan sebanyak mungkin teknik ini dikala lapang atau dikala punya kesempatan. Kesempatan untuk menyuci dosa-dosa ini akan lebih lengkap andai kita seiringkannya dengan amalan RESQ untuk memecahkan hambatan energi yang menjadi halangan kepada pengaliran HIDAYAH, SYAFAAT, QUDRAH, barakah, NIKMAH, REZEKI, NUR dan segalanya di sepanjang sistem bio-energi kita. Mudah-mudahan kelak, aliran ENERGI POSITIF ITU menjadi DERAS & LAJU membentuk kesempurnaan diri insan secara JASMANIAH & ROHANIAHnya.

Wallahualam

Coach Hazil @ Master G

Comments (1)

Category: Bicara coach Hazil

Potensi Minda Manusia

Writing by coachamar on Saturday, 9 of August , 2008 at 7:23 pm

Otak mempunyai pelbagai kerja dan fungsi yang telah diciptakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia. Ia adalah salah satu ciptaan dari “teknologi” yang dimiliki oleh Allah SWT yang SUKAR difahami dan dikuasai oleh manusia sendiri. Sebenarnya, banyak lagi ciptaan Allah swt yang masih belum mampu diterokai atau dijumpai (dibenarkan) oleh Allah untuk dikuasai oleh manusia. Contohnya adalah ilmu tentang “roh”, hati (Qalbu), “nyawa’, kejadian benih manusia dan banyak lagi yang masih dikaji dan diselidiki oleh para saintis terutamanya dari Barat.

Bagaimanapun, keinginan dan ketekunan manusia menyebabkan sedikit demi sedikit teknologi ini dibuka kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencari dan mempelajari kejadian-kejadian yang HEBAT yang telah Allah kurniakan kepada manusia.

Jika teknologi “remote control” dibawa pada zaman dahulu kala, nescaya manusia zaman itu telah menuduh kita sebagai seorang ahli sihir. Begitu juga dengan handphone, computer, TV, radio dan sebagainya. Maksudnya, bukanlah ilmu ini salah tetapi pada masa itu, teknologi milik Allah ini belum dibuka dan dihijabkan untuk manusia. Tetapi, terdapat sesetengah para nabi dan rasul yang telah diberikan mukjizat untuk mendapat kelebihan-kelebihan ini untuk membuktikan yang Allah itu Maha Menguasai segala ilmu dan teknologi yang ada di alam semesta ini.

Salah satu hasil Otak adalah fikiran ataupun minda. Manusia boleh mati, tetapi fikiran-fikirannya tetap hidup. mengapa begitu??? Kerana fikiran disebar-sebarkan, dikembangkan, dibincangkan dan diperbahaskan. Menurut Al-Kindi (796-873 M), daya tertinggi adalah daya berfikir.

Begitu juga dengan Kekuatan Minda. Terdapat pertikaian tentang subjek yang diperkatakan ini. Dari dahulu, terdapat sesetengah khalayak yang suka membuat “terjahan” dan kesimpulan tanpa melihat dan memahami teknologi hebat ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. Untuk mengetahui sesuatu pekara itu betul atau salah, kita perlu memahami dan mengetahui ilmu tersebut. Bukan hanya membaca dan membuat takrifan berdasarkan kefahaman kita yang bukan dari bidang tersebut. Sikap suka membuat “label” banyak membuatkan bangsa dan agama kita terus tertinggal dan diperkecilkan oleh orang luar.

Apabila kita memperkatakan tentang KUASA MINDA, kita sebenarnya sedang memperkatakan tentang kuasa atau kekuatan yang dihasilkan oleh minda manusia untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Kuasa itu adalah dalam bentuk tenaga atau daya yang bersifat fizik dan metafizik. Kerana itu dari dahulu, kuasa minda kerap diceritakan dengan cerita-cerita kekebalan, kekutan fizikal, kuasa memanisfestasikan sesuatu impian, ilmu fokus dan sebagainya. Maka, KUASA yang ada pada minda adalah kuasa yang bersifat energi,frekuansi, getaran ataupun gelombang yang dihasilkan dari otak manusia. Ilmu kuasa minda ini memang banyak dibawa dan dikembangkan oleh ramai pengamal kuasa minda di Malaysia sebelum ini.

Manakala, satu lagi fungsi dan kemampuan otak yang kurang dikembangkan di Malaysia adalah otak sebagai satu pusat pengumpulan sistem kepercayaan kepada kehidupan manusia. Sistem kepaercayaan adalah satu kumpulan atau “Bank” memori kepada kesemua kepercayaan-kepercayaan tentang segala aspek kehidupan atau apa yang telah seseorang indivdu itu lalui atau pengalaman-pengalaman kehiduan yang telah individu itu terima sebagai realiti dalam kehidupannya.

Sistem kepercayaan inilah yang dikatakan sebagai mentaliti atau rangka pemikiran (Kerangka Minda) pada seseorang individu. Dan kepercayaan inilah yang dikatakan IMAN kita tentang kehidupan. Kerangka minda atau Mentaliti ini mempunyai PERANAN yang SANGAT BESAR terhadap cara manusia itu bertindak dan berintreaksi di dalam sesuatu isu atau situasi yang individu itu hadapai. Dan dari mentaliti atau set pemikiran inilah, sikap atau tabiat atau tingkah laku manusia terbentuk.

Sebenarnya, otak mempunyai pelbagai lagi fungsi besar dalam diri dan kehidupan manusia. Dua fungsi yang saya sebuatkan tadi hanyalah sebahagian dari kerja dan kekuatan yang dihasilkan dari otak. Kecerdasan intelek (mengira, membaca, menulis, menganalisa, menghafal dan lain-lain lagi) , pusat arahan organ dan anggota badan manusia, kecerdasan dan kekuatan spiritual , menjana emosi, kemampuan psikik dan sebagainya yang tidak mampu saya uraikan kesemuanya di artikel ini.

Apa yang saya mahu tekankan, kebanyakkan kita tidak mahu belajar dan memahami kepentingan yang ada pada diri kita sendiri. Lebih malang jika ada kelompok yang menolak kemampuan dan kehebatan yang mampu dihasilkan jika kita memahami dan menguasai cara kerja otak dan minda kita sendiri. Contoh yang kita boleh lihat adalah bagaimana dahulu, manusia hanya tahu memprogram dan memasukkan semula mentaliti atau kepercayaan baru di dalam minda manusia. Dan manusia memang tidak mempunyai “teknologi” bagaimana untuk me “reset” atau memprogram pemikiran manusia sendiri. Tetapi, kerana Maha Suci dan Maha Penyayang Allah itu, dibukakan ilmu dan maklumat tentang teknologi minda ini pada mansia yang ingin berubah dan ingin belajar. Maka, manusia mula tahu teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang betul untuk membuat program baru dalam minda manusia atau memprogramkan semula kepercayaan-kepercayaan baru dalam pemikiran manusia. Justeru, teknologi ini telah digunakan oleh Yahudi dan agen-agen kafir sperti CIA, FBI, KGB dan sebaginya untuk mem “brainwash” dan membasuh semula pemikiran-pemikiran penganut Islam dengan kaedah-kaedah yang betul dan cepat- melalui agen mereka seluruh dunia dengan tujuan untuk melemahkan kekuatan pegangan Umat Islam. Kerana itu , jika kita tidak belajar dan menguasi ilmu ini, maka bagaimana kita boleh mengelak atau mengatasi ancaman dari mereka?

Walaupun kita hanya banyak menyentuh dan menerangkan tentang kekuatan minda dari segi KUASA yang ada pada minda itu,. Tetapi masih banyak lagi fungsi dan kemampuan otak yang masih belum terungkai dan dikembangkan untuk manfaaat dan kebaikan kehidupan manusia secara umun dan kepada kemajuan umat Islam secara khusus. Kerana itu saya ingin mengatakan betapa ilmu ini sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai supaya potensi dan kekuatan insan dapat terjana dan dibangunkan untuk kepentingan bangsa dan agama.

AMAR MAHMOOD

Leave a comment

Category: Bicara coach Amar

Cara fikir antara dua individu

Writing by coachamar on Sunday, 6 of July , 2008 at 2:39 pm

Dua orang individu berbeza kerana cara mereka berfikir dan cara mereka memberi tumpuan dalam kehidupan mereka setiap hari. Apa yang mereka fikirkan dan sebut akan menjadi panduan dan mencerminkan apa yang ada dalam pemikiran mereka.

Seorang individu yang kerap gagal dapat kita KENALI kerana mereka kerap merungut-rungut dalam kehidupan mereka. Ini dapat kita lihat contohnya seperti:-

“apalah aku nie asyik salah aje”

“kenapa aku berniaga asyik rugi aje”

“kenapa hari ini asyik hujan aje”

dan macam-macam rungutan yang kita boleh dengar dari mulut orang-orang yang kerapa gagal. Tetapi cuba kita lihat orang yang selalu gembira dan makmur dalam kehidupan mereka. Apakah yang kerap mereka sebut?

Ya…orang yang berjaya selalu BERSYUKUR dengan apa yang mereka perolehi dan terima dalam kehidupan mereka. Walaupun apa yang mereka perolehi belum mencapai “target” atau matlamat mereka, tetapi mereka akan bersyukur dan berusaha lagi.

Inilah perbezaan besar pemikiran atau mindset seseorang individu. FOKUS pada KEKURANGAN atau FOKUS pada KEMAKMURAN.

Coach Amar

Leave a comment

Category: Bicara coach Amar

Amalan 5 Perkara Positif

Writing by coachhazil on Saturday, 21 of June , 2008 at 4:22 pm

Kita diberikan PILIHAN untuk memiliki kehidupan yang POSITIF ATAU NEGATIF. Kita boleh fokus pada MASALAH atau menjadikan masalah SEBAGAI TITIK CABARAN untuk memajukan diri atau BERUBAH. Malah kita boleh menumpukan untuk menjanakan ENERGI YANG POSITIF atau ENERGI NEGATIF terhadap segala isu kehidupan. SEGALANYA TERPULANG KEMBALI KEPADA TUMPUAN ATAU NIAT kita!!! Sikap minda dan habit yang NEGATIF menghasilkan HASIL YANG NEGATIF!! Begitulah sebaliknya… SIKAP MINDA & HABIT YANG POSITIF.. MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BAIK dalam hidup.

Dari asyik mengeluh dan merungut tentang kekurangan atau cabaran yang dihadapi… LAKUKAN 5 PERKARA INI!!! :

1. SELALU UCAP SYUKUR!!! Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya kita mengucap SYUKUR 3 kali sehari kita akan menghasilkan TENAGA-TENAGA KERIANGAN DAN KECERIAN dalam kadar yang lebih cepat untuk aktiviti seharian kita. Kajian juga telah menunjukkan bahawa; adalah MUSTAHIL untuk mempunyai 2 PERASAAN yang BERTENTANGAN secara serentak pada satu-satu masa, contohnya STRES dan rasa SYUKUR serentak!. 2 PERASAAN tak mampu duduk bersama dalam diri/minda kita dalam satu-satu masa. Maka, jika kita FOKUS atau PILIH untuk MENGUCAPKAN SYUKUR (menghadirkan perasaan/penghayatan dengan penuh rasa rendah hati) pada sesuatu ketika… rasa negatif akan terpadam dengan sendirinya. Rasa ini BOLEH dipanjangkan dengan UCAPAN TERIMA KASIH, UCAPAN SEJAHTERA dan UCAPAN SALAM untuk orang-orang disekeliling juga.

2. UCAPKAN PUJI-PUJIAN - Pujilah TUHAN.. Pujilah DIRI SENDIRI dengan segala kelebihan & kejayaan (walaupun sedikit), Pujilah ahli keluarga disekeliling kita… Pujilah teman-teman atau Pujilah sesiapa sahaja yang hadir dalam kehidupan kita. Ingat!! Ikhlaslah dalam MEMUJI… Tabiat ini meningkatkan penghasilan HORMON KERIANGAN pada diri kita (dan orang yang menerima pujian itu). Ia umpama SEBUAH HADIAH untuk menyatakan rasa KESYUKURAN kita.

Wah… AURA ANDA NAMPAK CERIA HARI INI!!! (Ya!! Saya sedang bercakap dengan anda..!!)

3. FOKUS pada KEJAYAAN!! - Mulakan dengan mengambil BUKU JOURNAL PERIBADI ANDA (kalau tak ada; beli sekarang!!), setiap malam sebelum tidur; tuliskan KEJAYAAN anda hari ini.. tak kiralah sebesar manapun kejayaan tersebut. Contohnya, anda mungkin BERJAYA solat pada AWAL waktu.. atau anda mungkin berjaya buat MEDITASI (seminit!).. atau apa juga. INGAT!! KEJAYAAN BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN YANG KECIL… bagaimana anda nak hasilkan kejayaan besar sekiranya anda tak KENAL-PASTI semua kejayaan kecil yang anda telah capai. Lakukan ini sehingga menjadi rutin.. tabiat… Kelak, anda akan tak SABAR untuk mencipta 1001 KEJAYAAN LAGI.

4. REDHA - Fokus untuk berubah.. redha dengan apa jua hakikat kehidupan yang anda lalui sekarang. Elakkan memberi tekanan kepada diri, apatah lagi mengecilkan segala yang ada pada diri. REDHA dengan pencapaian anda… berazam untuk lebih berjaya.

5. BERDOA & MEDITASI - Kajian sains telah membuktikan bahawa aktiviti BERDOA DAN MEDITASI setiap hari akan mengurangkan STRES, tingkatkan hormon KECERIAAN dan menghasilkan kehidupan yang lebih positif. Sekiranya tekanan hidup semakin KUAT… penawarnya adalah DOA & TAFAKKUR (MEDITASI) yang semakin kuat!!. SEMALAM telah berlalu, tiada apa yang boleh diubah… Hari esok akan hadir dengan segala misterinya… HARI INI ADALAH ANUGERAH.. guna anugerah ini untuk BERDOA & MERENUNG (meditasi/tafakkur) untuk kebaikkan hari esok..

Sekian… Selamat menjanakan ENERGI KEKAYAAN!!

Leave a comment

Category: R'ESQ56 Helpdesk

Tubuh Metafizik – Kunci ‘Law of Attraction”

Writing by coachamar on Friday, 20 of June , 2008 at 5:21 pm

Setiap hari manusia banyak yang menitikberatkan gaya fizikal mereka. Kulit cantik, rambut tersusun rapi, pesonaliti yang menarik, dan pelbagai lagi ciri-ciri fizikal yang diberatkan. Tetapi masih ramai yang tidak tahu yang selain tubuh fizikal, manusia mempunyai satu lagi tubuh yang sangat penting dan menjadi faktor besar kemakmuran dalam kehidupan manusia.

Di samping menjaga kesihatan tubuh fizikal, individu terlupa menjaga kesihatan tubuh metafizik mereka. Jika tubuh fizikal mempunyai organ-organ dan urat-urat yang mengalirkan darah ke setiap tubuh badan manusia, bagi tubuh metafizik- chakra dan meridian adalah “organ-organ” penting bagi tubuh metafizik.

Jika ramai individu menitikberatkan kesihatan tubuh fizikal tersebut, berapa ramaikah pula yang menitikberatkan kesihatan dan mempelajari cara menjaga dan memahami organ tubuh metafizik- chakra dan meridian tersebut bekerja dan memberi impak pada kehidupana manusia dari aspek kesihatan, perhubungan , kejayaan dan kemakmuran setiap individu.

Kenapa tubuh metafizik penting?

Tubuh metafizik adalah tubuh energi. Ia membentuk “pakaian” tubuh pada diri manusia. Mempunyai pelbagai warna dan dikenali sebagai AURA. Dan yang ramai individu tidak ketahui adalah tubuh ini sebenarnya adalah penghubung antara tubuh fizikal dengan energi alam semesta. Dan yang paling penting, tubuh metafizik inilah KUNCI yang bertindakbalas atas hukum “law of Attraction” atau “Hukum Tarikan” atas setiap aspek kehidupan manusia.

Jika sihat dan cantik tubuh metafizik, maka makin POSITIFlah kehidupan yang dihadapi individu tersebut. Jika tubuh metafizik diberi perhatian, maka makin lancar urusan dan makin mudah perjalanan kehidupan anda.

Sihat Tubuh metafizik, makin makmurlah kehidupan anda!

Coach Amar

Comments (1)

Category: Bicara coach Amar

Buku Aura Penyembuhan REIKI

Writing by coachhazil on Tuesday, 17 of June , 2008 at 2:15 pm

Salam Aura Kedamaian…

Lama tak ke pentas RESQ56.. energinya agak menurun kebelakangan ini. Mungkin kerana TEKANAN HARGA BARANG dan MINYAK yang NAIK!!.

Penawar ALAM bakal TIBA di Pasaran Terbuka tak lama lagi.. Kehadiran buku PERTAMA saya ini kelak akan menjadi RESEPI PENAWAR PERTAMA dari saya untuk kesejahteraan alam. Walaupun bukan yang terbaik untuk semua orang dan semua hal.. namun ia adalah penawar komplementari atau alternatif untuk difikir, direnung dan diaplikasikan kelak. ILMUnya luas… mungkin darinya, tercetus pengalaman BERKENALAN dengan apa itu REIKI.

Pentas ini pentas RESQ56… sementara buku RESQ56 dalam pembikinan (alamak… terlebih sudah!! - bocor rahsia saya dan coach Amar).. Buku AURA PENYEMBUHAN REIKI ini umpama abang long sementara wadah menunggu BUKU RESQ56 yang akan MENGGEGARKAN TANAHAIR kelak. Saya tidak mahu membicara panjang tentang isi BUKU REIKI saya ini… bacalah sendiri nanti dan nilailah ia. Jika ia bagus, tak perlu beritahu saya kerana saya sudah tahu kebenarannya… (hahaha… riak sikit).. KHABARKAN KEBAIKKANNYA KEPADA ORANG LAIN agar TENAGA KEBAGUSAN ITU TERUS MARAK MENYALA. Namun, jika ia tak bagus, baru beritahu saya.. mungkin kelak kita boleh bersenergi bagaimana nak membaguskannya lagi. Harus diingat, ini catatan awal & ringkas sahaja… bukanlah segala tentang REIKI. Mustahil nak cerita semua dalam buku setebal 200 muka. Kalau nak tahu semua… DATANG JUMPA SAYA dan BELAJAR A - Z akannya.

Sekian, kalam akhir.. jangan lupa BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI ini yang akan berada dipasaran pada 28hb JUN, 2008 kelak. Sokonglah ‘Produk’ buatan MALAYSIA!!!

Coach Hazil Azran

Comments (5)

Category: Bicara coach Hazil

Makluman Penting: Mengenai Forum RESQ56

Writing by zahiruddin on Saturday, 7 of June , 2008 at 11:23 am

Salam kepada semua,

Saya Zahiruddin meminta maaf dan ingin memaklumkan bahawa semua user kepada Forum Resq56 telah terdelete. Perkara ini terjadi ketika saya membuat pengemaskinian mendelete “FakeUser” / User Tiruan yang di create untuk Resq56 Forum.

Saya telah berjaya mendelete 1600++ Fake user dengan menggunakan script Toolkit Forum. Tapi kemudian saya tersilap teractivekan deletion untuk semua User yang betul dan ini telah mendeletekan semua user kecuali User untuk saya, Master Hazil dan Master Amar.

Maklumat Forum masih ada dan post-post yang terdahulu masih ada cuma  Username sahaja yang terdelete. Di harap para pengunjung forum mendaftar semula. Harap maaf atas kesulitan yang berlaku.

 Zahiruddin

p/s: Saya gembira kerana jumpa tools untuk mendelete User Tipu tapi dalam kegembiraan itu saya leka dan saya membuat kesilapan.

Leave a comment

Category: R'ESQ56 Helpdesk, R'ESQ56 INFO

Merenung ke bulan..

Writing by coachamar on Friday, 30 of May , 2008 at 7:46 pm

Selepas balik dari Langkawi, agak sukar sedikit idea menulis untuk muncul. Alhamdulillah beberapa hari ini, selepas banyak membaca buku-buku yang bersusun di rak buku di rumah saya ; idea mula muncul dan mengalir seperti biasa.

Dan kerana tak sampai hati melihat blog ini lambat bergerak, maka walau sedikit pun saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya rasa sekembali dari R&R di Langkawi.

Inilah penangannya bila terlalu kerap merenung BULAN PENUH semasa di sana. Sepanjang dua malam di atas roof hotel Landcons, sangat kerap bulan yang cantik dan mengembang penuh saya renung dan “tap” energinya di sana. Malahan , jika sesiapa yang tidak tidur semasa pulang di dalam bas (bagi yang duduk sebelah kiri bas) PASTI akan perasan BULAN mengembang penuh yang mengekori perjalanan bas tersebut selepas kita berhenti rehat di R&R highway di sana.

Jadi, sekali lagi saya sambil baring di dalam bas,  tap “energi” dari bulan yang sangat indah itu.

Tetapi kerana kekerapan merenung dan mengakses (tap) energi bulan itu, selepas hampir 2 minggu pulang ke rumah ini,…bayangan BULAN di langkawi itu sudah melekat di dalam kotak neuro saya. Setiap kali saya hendak melakukan simple meditation atau ingin menutup mata saya, pasti imej bulan akan terus muncul dan yang paling HEBAT, energinya terus saya RASAkan.

Bagaimana nyamannya mata kita yang melihat BULAN itu, begitu juga nyaman energi yang dichannelkan setiap kali saya melihat imej BULAN di minda saya. Makanya, rasa rindu untuk duduk di atas roof hotel Landcons muncul setip kali saya melihat imej bulan itu.

Malahan , masa saya sedang menaip ini pun terbayang-bayang imej BULAN yang mengembang dan indah di hujung sana.

AMAR MAHMOOD

Comments (6)

Category: Bicara coach Amar

Perihal RESQ56

RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang didikenali sebagai "ENERGY PSYCHOLOGY". Sistem RESQ56 dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan KUNCI MUTLAK PEYEMBUHAN. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA & TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan.